::FAMILY KBMKL::

17 May 2009

::HANYA SEGELAS SUSU::

Seorang kanak-kanak lelaki miskin yang hidupnya dengan mengutip bahan-bahan kitar semula dari tempat pembuangan menyedari bahawa didalam poketnya hanya tersisa beberapa sen sahaja sedangkan pada waktu itu dia merasa sangat lapar.


Anak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Akan tetapi, keberaniannya hilang apabila melihat seorang wanita muda membuka pintu rumah tersebut. Akhirnya dia hanya berani meminta segelas air sahaja.


Wanita muda itu melihat dan menyedari bahawa kanak-kanak itu dalam keadaan yang sangat lapar. Wanita itu terus membawakan segelas besar susu dan memberikan kepada kanak-kanak malang itu.


Kanak-kanak lelaki itu meminumnya dengan perlahan-lahan dan kemudian dia pun bertanya, “Berapa harga yang harus saya bayar untuk susu ini?”. Wanita itu menjawab, “Kamu tidak perlu membayar apapun, ibu kami mengajarkan kepada kami untuk tidak menerima bayaran bagi setiap perkara yang kita ikhlas melakukannya”, balas wanita itu.


Anak lelaki itu kemudiannya menghabiskan susu itu dan berkata di dalam hatinya “Aku berterima kasih kepadamu atas pertolonganmu ini”.


Bertahun-tahun kemudian, wanita muda itu menghidap sejenis penyakit yang sangat kritikal. Semua doktor di bandarnya sudah tidak berupaya untuk menangani penyakit itu. Mereka akhirnya membawa wanita itu ke bandar lain, di mana terdapat doktor pakar yang mampu merawat penyakit tersebut.


Dr. Ahmad dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Ketika dia mendengar nama bandar asal wanita itu, terdetik sesuatu di hatinya dan terlihat pancaran pada matanya. Dr. Ahmad bergegas ke bilik wanita tersebut. Pada saat dia melihat wajah wanita itu, dia terus mengenalinya. Dia kemudiannya pulang ke pejabat dengan azam untuk memastikan bahawa wanita itu sembuh sepenuhnya. Mulai pada hari itu, dia memberikan perhatian yang khusus kepada wanita itu.


Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya wanita itu berjaya disembuhkan berkat kuasa-Nya. Dr. Ahmad segera meminta bahagian kewangan hospital mengirimkan bil rawatan wanita itu kepadanya. Dr. Ahmad melihatnya, menulis sesuatu dan kemudian mengirimkan bil itu kepada bilik wanita tersebut.


Dengan wajah yang cemas wanita itu menerima bil itu. Dia sangat yakin bahawa dia tidak akan mampu untuk menjelaskan bil tersebut walaupun terpaksa bekerja seumur hidupnya. Dengan tangan yang terketar-ketar, akhirnya dia membuka bil tersebut. Tertulis sesuatu yang membuatkan airmatanya mengalir.



Airmata kebahagiaan membanjiri wajahnya lantas dia berdoa:

“Ya Allah, terima kasih.. bahawa cintaMu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia.


Wallahua'lam...



13 May 2009

::KITA TERLALU KECIL::

Bismillahirrahmanirrahim...
Alahamdulillah, selepas bertungkus lumus renovate umah, akhirnya siap jgk. Ana tukar layout umah ni sbb ana tertarik dgn tempat yg ana guna sekarang..Sesuai dgn apa yg ana nak:)


Setiap manusia yg dilahirkan di muka bumi ini tidak tahu siapa dirinya dan siapa pula bumi yg dihuninya apatah lagi alam yg sgt luas yg melingkupinya. Alam sejagat berisi sekitar 300 juta galaksi. Salah satu dari galaksi ini adalah Galaksi Bima Sakti, yg terdiri daripada sekitar 250 juta bintang. Matahari kita hanyalah salah satu bintang dari berjuta-juta bintang ini. Begitulah, Matahari kita ibarat sebutir pasir di antara pasir-pasir di pantai. Cuba bayangkan pula saiz bumi kita?Bumi tempat tinggal kita terlalu kecil berbanding sebutir pasir tersebut. Sedangkan kita manusia??

Dari segi ukurannya, manusia bak sebutir debu di padang pasir nan luas. Sesuatu yg tak bererti dalam alam semesta tak bertepi. Dilihat dari kekuatannya sekalipun, manusia makhluk yg teramat lemah, jauh lebih lemah dari kekuatan alam ini. Dari virus yg tak kelihatan sehingga mampu menjadikan manusia sakit, hingga hujan, gunung dan gempa bumi yg berupaya melenyapkan manusia dari muka bumi ini. Begitulah, kehidupan manusia seolah tak bererti jika dilihat dari ukuran dan kekuatannya, di bandingkan dengan ukuran alam semesta dan kedasyatan peristiwa alam.

Namun, benarkan hidup manusia tanpa erti? Jika makna hidup memang tiada, mengapa manusia perlu ada? Jika mata melihat permandangan, telinga yg mendengar suara, lidah yg mengecap rasa dan kulit yg menerima sentuhan ini tidak memiliki makna apapun, lalu untuk apa semua ini ada? Benar, semua ini seakan-akan tiada erti jika fahaman kita hanya berkisar pada ukuran dan kekuatan manusia semata-mata.

Sesungguhnya Dialah Allah, Penguasa dan Pemilik Kekuatan di sebalik keajaiban fenomena alam ini. Semuanya diciptakan oleh-Nya agar manusia mampu mengenal keberadaan dan sifat-sifatNya. Lebih dari itu, alam ini dicipta agar manusia senantiasa mengingati akan keagungan Pencipta-Nya dan kelemahan diri kita.

Tanyakanlah (wahai Muhammad): Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui? (84)
Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)? (85)
Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? (86)
Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa? (87)
Surah Al-Mu'minun : 84-87

12 May 2009

..::RENOVATION::..

Salam to all...
Ana minta maaf atas segala kekalutan yg berlaku dlm blog ana sekarang nih! 'Umah' ana ni tgh di renovate buat masa ni..Harap maklum:)

09 May 2009

..::SCHEDULE::..


..::KBAZ ~ SATU HATI::..

Bismillahirrahmanirrahim…

Baru sampai umah, td ke PWTC, utk prog Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) anjuran Aman Palestin Bhd & Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Sesungguhnya ana sgt2 kagum dengan prog ni… Detailnya, ana btul2 kagum dgn tujuannya, pengisiannya & juga hasilnya..

Tujuan prog ni adalah utk mendedahkan kpd masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam usaha mereka mendirikan Israel Raya, menghalalkan tidakan kejam mereka terhadap rakyat Palestine dan agenda – agenda lain Zionis yg sebenarnya telah didokumenkan secara rasmi. Konvensyen ini juga memberikan perspektif baru kepada masyarakat khususnya golongan yg cintakan keamanan bahawa agenda – agenda Zionis ini akan berakhir.

Dari segi pengisiannya, ternyata tidak sia-sia sesiapa sahaja yg membayar cuma RM10 sedangkan speaker - speaker yg dijemput mantap-mantap belaka. Sangat susah sebenarnya utk hadiri prog sebegini lagi. Cthnya, Dr Azzam Tamimi yg diterbangkan terus dari kota London, Dr Mohsen Salleh
yg merupakan Pengarah Al-Zaytouna Centre For Studies And Consultation di Beirut, Labenon. Dan sebenarnya dgn kehadiran tokoh-tokoh besar ini membuktikan kesungguhan PEMBINA dan Aman Palestin utk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat. Alhamdulillah, dgn kesungguhan PEMBINA & Aman Palestine itu, seramai lebih 3000 peserta yg hadir sehinggakan ada yg hanya terpaksa mendengar dari luar dewan dek kerana keadaan dewan yg dah penuh.

Antara input yg dpt ana highlightkan kat sini adalah :

1. Stop supporting Israel – boycott to the end. Pemboikotan itu tidak pernah ada istilah bermusim. Selagi Palestin tidak betul-betul milik Islam, kita perlu boikot sehabisnya.


2. Ni khusus buat peminat bola sepak ye, 4 kumpulan teratas liga Inggeris merupakan group yg mendapat sokongan penuh dari Israel. Especially, yg team pakai jersi biru(ana tak ingat nama apa). Dia nyer jurulatih adalah seorang Yahudi. So, mungkin dengan asyiknya kita dengan bola sehingga buat kita lupa hak-hak saudara kita di Palestine.


3. Kita kena jelas, kita bantu Palestine bukan kerana mereka ditindas semata-mata, tetapi kerana utk memerangi hak dan batil dan yg paling penting utk mempertahankan tanah kebanggaan kita.


4. Kita tak perlu terlalu memikirkan antara Barat dan Zionis, siapa yg memperkudakan siapa tetapi yg penting kita kena tahu Barat dan Zionis sentiasa bekerjasama utk mencapai matlamat masing2.


5. Kita kena kaji sejarah Palestine dan Israel then kemudian sebarkan pada yg lain. Kita kena berhenti HANYA BERCAKAP tapi kita kena LAKUKAN SESUATU. Sebelum tidur setiap malam, fikir sejenak apa yg telah kita lakukan utk rakyat Palestine.


6. Palestine perlu dijadikan sbg ‘local issue’ bagi setiap negara di dunia ni.


7. Kita bukan menyokong sesebuah organisasi seperti FATAH @ HAMAS semata-mata. Tetapi kita perlu menyokong idea yg dibawakan mereka utk membebaskan Palestine. Bg ana, ana bersetuju dgn Dr Azzam Tamimi..Andai satu masa nanti HAMAS juga terpesong dari tujuan sebenarnya, kita perlu berhenti menyokong HAMAS dan memberikan sokongan kepada pertubuhan lain yg membawa idea pembebasan Palestine kerana perjuangan Palestine adalah perjuangan IMAN kita.

Oleh itu, kita perlu sama2 bersatu hati utk memastikan BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS itu terus menjadi kenyataan & tidak terhenti di konvensyen semata-mata..

~utk tgk video ni, pausekn dulu halwa telinga kt tepi tu ye~

p/s: Dalam duk sibuk-sibuk berkonvensyen, ana terperasan air yg dihidangkan oleh pihak PWTC adalah dari produk Nestle & Nescafe..Aduh!!

01 May 2009

..::DIALOG BISU DIMALAM ULANGTAHUN::..

DIRI 1: Hai!

DIRI: Hai!

DIRI 1: Kenapa diam aje ni? Jgnlah sembunyikan sesuatu daripadaku, kerana engkau tidak dapat merahsiakan apapun dariku.

DIRI: Aku hanya sedang mencari diriku.

DIRI 1: Hilang maksudmu?

DIRI: Tidak juga.

DIRI 1: Hakikat diri?

DIRI: Mungkin.

DIRI 1: Kenapa? Apa yg tak kena denganmu?

DIRI: Aku rasa keliru.

DIRI 1: Kau tak perlu rasa keliru. Kau ada kekuatan. Ayuh, bangun dari lamunanmu itu!

DIRI: …(diam)

DIRI 1: Bisikkan ke telingaku, aku setia mendengarmu.DIRI: Aku tidak kenal diriku, bagaimana aku boleh bisikkan ke telingamu.

DIRI 1: Mari aku ingatkan padamu. Engkau diciptakan Allah bersama-sama jutaan saudaramu yg lain.Tapi setelah berhari-hari kau bertarung nyawa, akhirnya engkau sahaja yg sampai ke alam ini. Engkau adalah insan terpilih!

DIRI: Terpilih? Aku tak rasakannya.

DIRI 1: Engkau memang pelupa & tidak sensitif. Kau manusia yg kuat.

DIRI: Kuat? Aku selalu gagal.

DIRI 1: Cuba kau ingat baik-baik. Walaupun kakimu tertusuk duri, tersadung oleh akar-akar yg memaut kiri dan kanan perjalananmu, tapi kau tetap teruskan perjalananmu itu.

DIRI: Ah! Itu hanya sekelumit. Dan tidak ada orang tahu pun, apa lagi menghargainya.

DIRI 1: Tidak. Pasti ada yg tahu dan pasti ada yg menghargainya.

DIRI: Aku tidak tahu!

DIRI 1: Sebab engkau butakan matamu dan mata hatimu.

DIRI: Buktinya?

DIRI 1: Walaupun kau hidup penuh jerih, tapi lihatlah. Kau memperoleh banyak perkara tanpa kau duga.

DIRI: Tapi, aku masih tak punya apa-apa.

DIRI 1: Ada, Cuma kau sahaja yg membutakan pandangan mata hatimu.

DIRI: (merenung sejenak). Betul juga katamu. Tapi, aku tak punya satu perkara, yg aku dambakan dalam hidupku.

DIRI 1: Teruskan, aku mendengar ni.

DIRI: Aku mahukan hati emas.

DIRI 1: Oh. Itu maksudmu. Yeah, aku faham, eh, kurang faham. Boleh jelaskan?

DIRI: Setiap manusia mencari kebahagiaan hakiki.

DIRI 1: Kau punya segalanya. Lihat, kau punya keluarga yg menyayangi, sahabat yg sentiasa menemani. Dan macam-macam lagi.

DIRI: Ya, betul. Tapi ada lagi kemahuanku yg paling indah dalam hidupku. Aku akan mencari hati emasku hingga hujung nyawa.

DIRI 1: Carilah. Aku pasti kau akan berjaya. Eh, kau jangan lupa, bahawa kau pernah menemuinya!

DIRI: Bila??

DIRI 1: Ingat, semasa kau bersedih, hatimu resah gelisah. Kau duduk bertafakkur mengingati Penciptamu. Engkau menyebut dan menyeru namaNya. Kau memanggil-manggil-Nya. Tahu tak, Dia sangat suka engkau mengharap dari-Nya.

DIRI: Ya, aku ingat. Tapi….Aku..L.A.L.A.I…

DIRI 1: Nah, itu silapmu. Bagaimana mengakui kekasih kalau tidak sanggup berkorban, berjihad? Sekurang-kurangnya engaku telah mengakui bahawa tiada lain di dunia ini yg lebih Agung dan hebat dari-Nya, yg berhak dicinta selain daripada-Nya. Kotakan kata-katamu itu. Pergilah mengembara dan carilah hati emasmu itu. Kudoakan moga kau menemuinya. Dan jagalah hati emasmu rapi-rapi, bagaikan kekasihmu….

DIRI: Semoga aku dapat kuatkan semangatku ini. Ya Allah, aku mengharapkan pertolongan-Mu. Tiada daya kekuatan melainkan daya dan kekuatan-Mu. Jadikan aku hamba-Mu yg diredhai.

DIRi 1: Amiiiin…

DIRI: Ya Allah.. Jadikan bertambahnya umurku tahun ini menjadikan aku lebih hamper kepada-Mu. Aku mohon satu ‘hadiah’ daripada-Mu. Masukkan namaku kedalam golongan hamba-hamba-Mu yg Kau redhai… Alangkah gembiranya aku, jika pada hari kematianku nanti, Engkau menyeru pada jenazahku… “ Ya ayyatuhal nafsul muthmainnah, irji’e ila rabbikiradhiayatan mardhiyyah, fadkhuli fi ‘ibadi wadkhuli jannati… Adakah aku terlalu meminta??

::LISTENING::

::PET::