Dalam dunia ni,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri,
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kite beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita,
Bagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran sahabat…
Begitu jua dia,
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu,
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menetapi janji,
Kita tidak akan memberi peluang untuk dia menerangkan keadaannya……
Bagi kita….
Itu alasannya untuk menutup kesilapannya & membela diri,
Kita lupa kita juga pernah membiarkannya ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tak pernah ditepati…
Kita cipta beribu alasan,
Memaksa dia menerima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa,
Tetapi kita senang terlupa…
Untungnya mempunyai seorang kawan,
Yang sentiasa disisi kita,
Pada waktu kita memerlukan dia,
Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan menyelesaikan masalah..
Selalunya kita asyik bercerita,
Sedangkan dia juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama..
Mampukah kita memberi bahu,
Untuk dia sandarkan harapan,
Sesekali jadilah kawan yang mendengar,
Dari yang hanya bercerita,
Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan sahabat,
Kerana dia juga ada perasaan takut,
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
Dia juga ada kelemahan,
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabat yg sebenar-benarnya..
Kita selalu melihat dia ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya dia,
Tidak setabah yang kita sangka…
Di sebalik senyuman itu,
Mungkin banyak cerita sedih,
Yang ingin diluahkan…
Mungkin tersimpan seribu kekalutan
Yang kita tidak tahu…..
Terima Kasih ya Allah, atas anugerah sahabat-sahabat ku ini..