::FAMILY KBMKL::

17 May 2009

::HANYA SEGELAS SUSU::

Seorang kanak-kanak lelaki miskin yang hidupnya dengan mengutip bahan-bahan kitar semula dari tempat pembuangan menyedari bahawa didalam poketnya hanya tersisa beberapa sen sahaja sedangkan pada waktu itu dia merasa sangat lapar.


Anak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Akan tetapi, keberaniannya hilang apabila melihat seorang wanita muda membuka pintu rumah tersebut. Akhirnya dia hanya berani meminta segelas air sahaja.


Wanita muda itu melihat dan menyedari bahawa kanak-kanak itu dalam keadaan yang sangat lapar. Wanita itu terus membawakan segelas besar susu dan memberikan kepada kanak-kanak malang itu.


Kanak-kanak lelaki itu meminumnya dengan perlahan-lahan dan kemudian dia pun bertanya, “Berapa harga yang harus saya bayar untuk susu ini?”. Wanita itu menjawab, “Kamu tidak perlu membayar apapun, ibu kami mengajarkan kepada kami untuk tidak menerima bayaran bagi setiap perkara yang kita ikhlas melakukannya”, balas wanita itu.


Anak lelaki itu kemudiannya menghabiskan susu itu dan berkata di dalam hatinya “Aku berterima kasih kepadamu atas pertolonganmu ini”.


Bertahun-tahun kemudian, wanita muda itu menghidap sejenis penyakit yang sangat kritikal. Semua doktor di bandarnya sudah tidak berupaya untuk menangani penyakit itu. Mereka akhirnya membawa wanita itu ke bandar lain, di mana terdapat doktor pakar yang mampu merawat penyakit tersebut.


Dr. Ahmad dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Ketika dia mendengar nama bandar asal wanita itu, terdetik sesuatu di hatinya dan terlihat pancaran pada matanya. Dr. Ahmad bergegas ke bilik wanita tersebut. Pada saat dia melihat wajah wanita itu, dia terus mengenalinya. Dia kemudiannya pulang ke pejabat dengan azam untuk memastikan bahawa wanita itu sembuh sepenuhnya. Mulai pada hari itu, dia memberikan perhatian yang khusus kepada wanita itu.


Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya wanita itu berjaya disembuhkan berkat kuasa-Nya. Dr. Ahmad segera meminta bahagian kewangan hospital mengirimkan bil rawatan wanita itu kepadanya. Dr. Ahmad melihatnya, menulis sesuatu dan kemudian mengirimkan bil itu kepada bilik wanita tersebut.


Dengan wajah yang cemas wanita itu menerima bil itu. Dia sangat yakin bahawa dia tidak akan mampu untuk menjelaskan bil tersebut walaupun terpaksa bekerja seumur hidupnya. Dengan tangan yang terketar-ketar, akhirnya dia membuka bil tersebut. Tertulis sesuatu yang membuatkan airmatanya mengalir.



Airmata kebahagiaan membanjiri wajahnya lantas dia berdoa:

“Ya Allah, terima kasih.. bahawa cintaMu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia.


Wallahua'lam...



No comments:

::LISTENING::

::PET::