::FAMILY KBMKL::

19 December 2008

..::KDG2 LEBIH BAIK KITA ADA KEKURANGAN::..

Ana selalu terfikir, bestnya hidup ini kalo tak perlu susah payah berusaha, belajar & cari duit untuk hidup. Tapikan, hidup akan bosan bila terlalu senang. Contoh paling mudah, time cuti semester tempoh hari, boleh dikatakan tiap2 hari ana ke kolej, walhal takde kelas pun. Tapi dek kebosanan duk umah tanpa buat apa2, ana rela ke kolej & cari pape buku di library. Padahal cuti takdela lama sangat pun, tak sampai sebulan. Masalah yang datang sebenarnya untuk mewarnai hidup kita. Jika dapat diatasi dengan matang dan sabar, lepas tu berbungalah kenangan indah. Cerita hari ini akan menjadi fakta sejarah pada masa depan. Kalau bukan tercatat pada buku sejarah yang diguna pakai serta menjadi rujukan pelajar akan datang, setidak-tidaknya tercatat pada diary peribadi…huhu..
Indahnya sejarah lampau jika kita pernah berjayakan?? Kejayaan itu bukankah datang selepas kita berusaha? Dan bukankah usaha yang lebih perit itu akan lebih indah bila di kenang?? Tp ana, rasanya xpernah ada kejayaan yg boleh buat orang bangga dgn ana..Yg lebih banyak diterima, komen & segala macam yg sewaktu dgnnya... Walaupun dah cuba yang terbaik, ternyata susah untuk memuaskan hati orang lain... btul kn??
Huhu…apa punya falsafah ni?? Bagi2 la peluang ye.. baru nak belajar BERFALSAMPAH..kikiki… teringat pulak satu cite omputih, mungkin benar mungkin jugak tak.. tapi ada betulnya jugak kisah ni.. nak dengar??? Mana boleh dengar, baca je…hehe..
Seorang lelaki pegi jumpa Bill Gate, minta keje kt Microsoft. Bill Gate suruh dia isi form, dia pun isi la tp dia kosongkan ruangan ‘email’. Bill Gate pun tanyalah dia, “apa hang punya email?” Dia pun jawab, “takdak la tuan”. Bill Gate balas, “Kalo nak keje kat sini kena ada email”…. lelaki tu sgt sedih, sebab dia bukan setakat takde email, nak guna email pun dia tak reti. So dia pun balikla rumah…
Masa on the way balik, dia singgah pasar. Beli tomato sekilo, pastu dia jaja dari pintu ke pintu. Dia jual lebih mahal skit dari harga yang dia beli kat pasar tadi. So, duit dia pun bertambahla skit. Then, dia patah balik ke pasar dan beli lagi tomato. Hasil jualan dia berganda, jadi dia mula rasa seronok. Tiap-tiap hari dia akan keluar ke pasar beli tomato then jual dari rumah ke rumah. Hingga satu tahap, dia menanam tomato sendiri. Pastu lama-lama ada ladang tomato sendiri pulak.
Dia mungkin tak reti nak guna email, tapi dia reti nak ‘deal’ dengan tomato. Mudahkan?? Dia ada kekurangan (tak pandai guna email) tapi sekarang dia dah ada aset juta2 dengan ladang tomatonya. Andaikan saje dia ada email dan di terima bekerja kat Microsoft, mungkin (ana kata mungkin saja tau..) dia masih lagi jadi ofis boy dengan gaji beberapa sen kat situ… so, fikir-fikirkan dan selamat beramal..huhu..
Cerita ni mungkin tak best, ana tak pandai nak bercerita. Ini sekadar motivasi untuk diri ana sendiri. Sumber kekuatan setelah mengalami jatuh bangun dalam kehidupan. Ana tak punya kemahiran & kepandaian macam orang lain. Dengan serba kekurangan ini, ana cuba dengan apa yang ana boleh ‘deal’ dengannya. Ana jumpa diri ana di sini, so izinkan ana terus di sini…

“BILA KITA SEDAR KITA ADA KEKURANGAN, KITA AKAN LEBIH DEKAT DENGAN TUHAN.”

15 December 2008

..::AKANKU HARUNGI::..

Sesekali tercetus di benakku,
Berbisik di sanubariku,
Adakah aku mampu….
Mampu untuk terus bahagia,
Mampu untuk terus berjaya,
Mampu untuk menghadapi kehidupan ini,

Saat terus mengisi detik-detik hidupku,
Bergadai masa bermandi ilmu…
Mengapa aku harus tunduk mengalah,
Membiarkan ia melunturkan semangatku,
Lantas melemahkan keyakinanku,
Namun dengan pendirianku,
Aku sanggup menelan hempedu,
Yang kian menghujani hidupku,

Akanku harungi….
Segala onak dan duri,
Demi kejayaan masa depanku,
Serta kebahagiaan yg kekal di sanubariku..

01 December 2008

..:::JIKA GULA KITA UBAH:::…

Salam alaik... hurm, dah lama tak post entry kt blog... Alhamdulillah, arini dah start semester baru...Semester 6 2008/2009...Alhamdulillah result pun ok, walaupun sedikit kecewa... Xpela, sem ni usaha lagi...
Prnh tgk gula Melaka x?? Ala, mesti semua slalu tgkkn…. Kalo yg akhawat mgkin time nak buat kuih buah Melaka & yg ikhwah lak time mkn kuih buah Melaka tu..huhu… tp skrg ni ana bukan nk cite pasal cmne cara2 nk buat kuih tu tau..hehe…

Time ana kt skolah menengah agama di Trg dulu, ana ada join prog pengawas.. Dlm prog tu ada 1 slot yg kitorang kena bahagikan kpd 3 group. Then ana ngn kawan2 diberikan 1 kotak gula Melaka, seutas tali & sebatang paku yg besar gak la. … lepas ustaz bagi brg2 tuh, dia ckp kitorang kena create something but yg berguna dari bhn2 yg dia bg tuh.. then masa yg dia bg just 10 minit je.. Erk!! Alamak, nak buat ape yek??? Ha nak tau apa yg group ana buat?? Jeng…Jeng…Jeng….

Kami pun start ler buat something guna barang2 tu lepas dah bermuafakat..huhu… punye la susah giler sbb mmg kena hati2 sgt.. then 10 minit pun berlalu…Kami pun bagilah hasil kreatif yg kami buat.. ada yg buat bentuk kopiah, kereta perang & yg paling kelakar ada yg buat mangkuk tandas..group sapelah tu..huhu

Yg buat kopiah bg alasan diorng buat kopiah sbb kopiah ada bnyk manfaat. Selain boleh pakai time ibadah, boleh lindungi kepala dari kena panas matahari & yg penting boleh tutup muka kalo ngantuk dalam kelas. Ustaz tu just senyum je. Then yg buat kapal perang tu lak bg penerangan. Dgn kereta perang tu, diorang boleh kalahkan musuh & dlm masa yg sama boleh jdkan perlindungan dari serangan musuh. Ustaz pun senyum lg sambil geleng2 kepala...

Lastly, sampailah group ana…yg buat mangkuk tandas tu la..hehe… alasan kitorang, dgn adanya mangkuk tandas tu bolehlah kita buang segala kotoran yg kita xperlukan lg dgn aman. Xpayah la nak cari tempat2 lain @ semak belukar. Kali ni berkerut muka ustaz bila dgr penjelasan ana.. huhu…

Then ustaz bg penjelasan, penerangan kitorang tu sumenye benar & karya kreatif kitorang tu pun bagus. Namun apa sbnrnya yg dia nak sampaikan adalah GULA TETAP GULA. Kita xboleh nak jadikan gula tu jadi something yg kita nak. Sbbnya, gula tu sendiri dah ada manfaatnya, jd penyedap makanan & bahan penting utk buat kuih… so, kalo gula tu kita jadikan kopiah, cuba bayangkan sape yg sanggup pakai kopiah tu…(xdapat bayangkan kalo hujan @ panas terik, mesti basah kuyup bermandikan air gula tu)…

Ustaz tu sambung lg, gula tu jugak xboleh nk buat jadi kereta kebal..sbbnya sekuat2 besi sekalipun kalo dibom mesti akan hancur apatah lagi gula..(huhu..btul jugakkan?)…. Lastly, kalo jadikan mangkuk tandas, mesti nanti sume semut kat dunia ni datang menyerbu tandas umah kita….trus kitorang terkedu…

So, as a conclusion ustaz tu ckp gula tetap akan jadi gula..kita xboleh nak ubah kerana itu adalah kudrat gula. Sama jugak ngn kehidupan kita ni. Kita tak mungkin dapat ubah sesuatu yg pasti dari Allah terutamanya kematian.. sesuatu yg telah Allah SWT tentukan, maka kita kena terima & xboleh diubah lagi.. kita hanya mampu berdoa, yg mutlak hanya milik-Nya…





Salah satu ciptaan Allah yg sungguh indah..Walaupun manusia juga mampu mencipta bunga, tp tak setanding ciptaan-Nya, kehalusan seni & keharuman baunya jauh berbeza..

::LISTENING::

::PET::