::FAMILY KBMKL::

19 December 2008

..::KDG2 LEBIH BAIK KITA ADA KEKURANGAN::..

Ana selalu terfikir, bestnya hidup ini kalo tak perlu susah payah berusaha, belajar & cari duit untuk hidup. Tapikan, hidup akan bosan bila terlalu senang. Contoh paling mudah, time cuti semester tempoh hari, boleh dikatakan tiap2 hari ana ke kolej, walhal takde kelas pun. Tapi dek kebosanan duk umah tanpa buat apa2, ana rela ke kolej & cari pape buku di library. Padahal cuti takdela lama sangat pun, tak sampai sebulan. Masalah yang datang sebenarnya untuk mewarnai hidup kita. Jika dapat diatasi dengan matang dan sabar, lepas tu berbungalah kenangan indah. Cerita hari ini akan menjadi fakta sejarah pada masa depan. Kalau bukan tercatat pada buku sejarah yang diguna pakai serta menjadi rujukan pelajar akan datang, setidak-tidaknya tercatat pada diary peribadi…huhu..
Indahnya sejarah lampau jika kita pernah berjayakan?? Kejayaan itu bukankah datang selepas kita berusaha? Dan bukankah usaha yang lebih perit itu akan lebih indah bila di kenang?? Tp ana, rasanya xpernah ada kejayaan yg boleh buat orang bangga dgn ana..Yg lebih banyak diterima, komen & segala macam yg sewaktu dgnnya... Walaupun dah cuba yang terbaik, ternyata susah untuk memuaskan hati orang lain... btul kn??
Huhu…apa punya falsafah ni?? Bagi2 la peluang ye.. baru nak belajar BERFALSAMPAH..kikiki… teringat pulak satu cite omputih, mungkin benar mungkin jugak tak.. tapi ada betulnya jugak kisah ni.. nak dengar??? Mana boleh dengar, baca je…hehe..
Seorang lelaki pegi jumpa Bill Gate, minta keje kt Microsoft. Bill Gate suruh dia isi form, dia pun isi la tp dia kosongkan ruangan ‘email’. Bill Gate pun tanyalah dia, “apa hang punya email?” Dia pun jawab, “takdak la tuan”. Bill Gate balas, “Kalo nak keje kat sini kena ada email”…. lelaki tu sgt sedih, sebab dia bukan setakat takde email, nak guna email pun dia tak reti. So dia pun balikla rumah…
Masa on the way balik, dia singgah pasar. Beli tomato sekilo, pastu dia jaja dari pintu ke pintu. Dia jual lebih mahal skit dari harga yang dia beli kat pasar tadi. So, duit dia pun bertambahla skit. Then, dia patah balik ke pasar dan beli lagi tomato. Hasil jualan dia berganda, jadi dia mula rasa seronok. Tiap-tiap hari dia akan keluar ke pasar beli tomato then jual dari rumah ke rumah. Hingga satu tahap, dia menanam tomato sendiri. Pastu lama-lama ada ladang tomato sendiri pulak.
Dia mungkin tak reti nak guna email, tapi dia reti nak ‘deal’ dengan tomato. Mudahkan?? Dia ada kekurangan (tak pandai guna email) tapi sekarang dia dah ada aset juta2 dengan ladang tomatonya. Andaikan saje dia ada email dan di terima bekerja kat Microsoft, mungkin (ana kata mungkin saja tau..) dia masih lagi jadi ofis boy dengan gaji beberapa sen kat situ… so, fikir-fikirkan dan selamat beramal..huhu..
Cerita ni mungkin tak best, ana tak pandai nak bercerita. Ini sekadar motivasi untuk diri ana sendiri. Sumber kekuatan setelah mengalami jatuh bangun dalam kehidupan. Ana tak punya kemahiran & kepandaian macam orang lain. Dengan serba kekurangan ini, ana cuba dengan apa yang ana boleh ‘deal’ dengannya. Ana jumpa diri ana di sini, so izinkan ana terus di sini…

“BILA KITA SEDAR KITA ADA KEKURANGAN, KITA AKAN LEBIH DEKAT DENGAN TUHAN.”

15 December 2008

..::AKANKU HARUNGI::..

Sesekali tercetus di benakku,
Berbisik di sanubariku,
Adakah aku mampu….
Mampu untuk terus bahagia,
Mampu untuk terus berjaya,
Mampu untuk menghadapi kehidupan ini,

Saat terus mengisi detik-detik hidupku,
Bergadai masa bermandi ilmu…
Mengapa aku harus tunduk mengalah,
Membiarkan ia melunturkan semangatku,
Lantas melemahkan keyakinanku,
Namun dengan pendirianku,
Aku sanggup menelan hempedu,
Yang kian menghujani hidupku,

Akanku harungi….
Segala onak dan duri,
Demi kejayaan masa depanku,
Serta kebahagiaan yg kekal di sanubariku..

01 December 2008

..:::JIKA GULA KITA UBAH:::…

Salam alaik... hurm, dah lama tak post entry kt blog... Alhamdulillah, arini dah start semester baru...Semester 6 2008/2009...Alhamdulillah result pun ok, walaupun sedikit kecewa... Xpela, sem ni usaha lagi...
Prnh tgk gula Melaka x?? Ala, mesti semua slalu tgkkn…. Kalo yg akhawat mgkin time nak buat kuih buah Melaka & yg ikhwah lak time mkn kuih buah Melaka tu..huhu… tp skrg ni ana bukan nk cite pasal cmne cara2 nk buat kuih tu tau..hehe…

Time ana kt skolah menengah agama di Trg dulu, ana ada join prog pengawas.. Dlm prog tu ada 1 slot yg kitorang kena bahagikan kpd 3 group. Then ana ngn kawan2 diberikan 1 kotak gula Melaka, seutas tali & sebatang paku yg besar gak la. … lepas ustaz bagi brg2 tuh, dia ckp kitorang kena create something but yg berguna dari bhn2 yg dia bg tuh.. then masa yg dia bg just 10 minit je.. Erk!! Alamak, nak buat ape yek??? Ha nak tau apa yg group ana buat?? Jeng…Jeng…Jeng….

Kami pun start ler buat something guna barang2 tu lepas dah bermuafakat..huhu… punye la susah giler sbb mmg kena hati2 sgt.. then 10 minit pun berlalu…Kami pun bagilah hasil kreatif yg kami buat.. ada yg buat bentuk kopiah, kereta perang & yg paling kelakar ada yg buat mangkuk tandas..group sapelah tu..huhu

Yg buat kopiah bg alasan diorng buat kopiah sbb kopiah ada bnyk manfaat. Selain boleh pakai time ibadah, boleh lindungi kepala dari kena panas matahari & yg penting boleh tutup muka kalo ngantuk dalam kelas. Ustaz tu just senyum je. Then yg buat kapal perang tu lak bg penerangan. Dgn kereta perang tu, diorang boleh kalahkan musuh & dlm masa yg sama boleh jdkan perlindungan dari serangan musuh. Ustaz pun senyum lg sambil geleng2 kepala...

Lastly, sampailah group ana…yg buat mangkuk tandas tu la..hehe… alasan kitorang, dgn adanya mangkuk tandas tu bolehlah kita buang segala kotoran yg kita xperlukan lg dgn aman. Xpayah la nak cari tempat2 lain @ semak belukar. Kali ni berkerut muka ustaz bila dgr penjelasan ana.. huhu…

Then ustaz bg penjelasan, penerangan kitorang tu sumenye benar & karya kreatif kitorang tu pun bagus. Namun apa sbnrnya yg dia nak sampaikan adalah GULA TETAP GULA. Kita xboleh nak jadikan gula tu jadi something yg kita nak. Sbbnya, gula tu sendiri dah ada manfaatnya, jd penyedap makanan & bahan penting utk buat kuih… so, kalo gula tu kita jadikan kopiah, cuba bayangkan sape yg sanggup pakai kopiah tu…(xdapat bayangkan kalo hujan @ panas terik, mesti basah kuyup bermandikan air gula tu)…

Ustaz tu sambung lg, gula tu jugak xboleh nk buat jadi kereta kebal..sbbnya sekuat2 besi sekalipun kalo dibom mesti akan hancur apatah lagi gula..(huhu..btul jugakkan?)…. Lastly, kalo jadikan mangkuk tandas, mesti nanti sume semut kat dunia ni datang menyerbu tandas umah kita….trus kitorang terkedu…

So, as a conclusion ustaz tu ckp gula tetap akan jadi gula..kita xboleh nak ubah kerana itu adalah kudrat gula. Sama jugak ngn kehidupan kita ni. Kita tak mungkin dapat ubah sesuatu yg pasti dari Allah terutamanya kematian.. sesuatu yg telah Allah SWT tentukan, maka kita kena terima & xboleh diubah lagi.. kita hanya mampu berdoa, yg mutlak hanya milik-Nya…





Salah satu ciptaan Allah yg sungguh indah..Walaupun manusia juga mampu mencipta bunga, tp tak setanding ciptaan-Nya, kehalusan seni & keharuman baunya jauh berbeza..

20 November 2008

..::SEKADAR A4 PAPER::..

Salam Alaik..Sekadar berkongsi...









***Credit to Kak Mimi Atas perkongsian picture2 ni..Mmg kreatif sape yg buat...














18 November 2008

..::TITANIC-SIMBOL KEMEGAHAN MANUSIA??::..

2 minggu lepas disebabkan dah pening + muak tgk nota & study, last2 ana amik keputusan utk layan tgk movie.. Masa tu terfikir jgk, xsedar diri btol la angah ni, exam around da corner but sempat lagi nak main2..huhu… Tanpa buang masa ana geledah bakul cd..tp xde satu pun cite yg best…… Hurm, still lagi x patah semangat, ana turun bawah, geledah cd kt rak tv pulak..Kan bagus kalo semangat x putus asa ni di applykan dlm studykn?? huhu… Lepas bermandikan peluh + habuk(cewah), jumpalah 1 cd…




TITANIC….hehe…Huh, best ke?? Erk!! Xpela, layan ajela..Mudahan dapat manfaatnya….Lepas tgk cd tu, Alhamdulillah dpt jugak pengajarannya..Apadia??? Bacalah ye.. Hopefully xde kaitan bout CINTA la kn??huhu…




Saat kapal Titanic melakukan pelayaran perdananya, ternyata sekaligus m’jadi perjalanan terakhirnya. Bencana maritim terburuk sepanjang sejarah dunia terjadi pada tahun 1912. Pada waktu itu, dunia menyaksikan tenggelamnya TITANIC, kapal terbesar dan termewah yg pernah dibuat. Dengan tinggi 55 meter dan panjang 275 meter( fakta ni xde dalam cite tu, but ana search internet utk melengkapkan lg perasanya...huhu), Titanic memiliki rancangan sangat hebat & dilukiskan sbg lambang kebanggaan Bangsa Inggeris. Bnyk yg berkata Titanic xmungkin tenggelam!!. Namun, slps melanggar bongkah ais yg besar dlm pelayaran perdananya, Titanic rosak teruk lalu tenggelam di Laut Atlantik.




Uniknya krn dianggap xkan mungkin tenggelam, hanya skit je perahu kecemasan yg disediakan. Akibatnya, dlm 1500 penumpangnya maut tenggelam dlm di perairan sejuk, termasuk para hartawan & kaum bangsa Inggeris. Kemampuan Inggeris mencipta kapal sebesar ini tentunya mengisyaratkan kehebatan mereka dlm bidang pengetahuan & teknologi. Para juruteranya pastilah sgt handal, sgt memahami hukum-hukum fizik, kimia serta disiplin ilmu lainnya. Mereka adalah para ahli yg mengerti selok-belok alam semesta beserta keteraturan & yg penting kesempurnaannya. Xhairanlah jika mereka mampu memanfaatkan apa yg ada di alam utk menghasilkan teknologi hebat termasuklah Titanic, sebuah kapal yg hebat.




Namun pengetahuan tntg rahsia alam yg sempurna ini xsampai membuka mata hati mereka akan kebesaran Penciptanya. Buktinya, kehebatan teknologi semasa pembinaan kapal ini trus melupakan mereka akan rancangan teknologi di alam ciptaan Allah SWT. Mereka mengagungkan kapal mereka & mengagungkan diri mereka sendiri..btul2 bangga dpt menghasilkn kapal secanggih itu. Mereka melupakan Allah SWT, Pencipta diri mereka. Mereka sombong sehingga mengatakan Titanic sbg “UNSHINKABLE”, xkan dpt tenggelam & melengkapinya hnya dgn skit perahu penyelamat..dahla skit, kecik lak tu!! Begitulah, kapal yg digelar anti-tenggelam, akhirnya tenggelam setelah melanggar bongkah air@air beku raksasa. Singkatnya, Titanic tenggelam krn melanggar air!! Walaupun nmpk biase je, ternyata air sungguh luar biasa. Utk mengetahui kehebatan ciptaan Allah SWT ini, cukuplah kita bertanya, mungkinkah para jurutera perkapalan memahami ilmu tntng air, teknologi perkapalan & teknik pelayaran jika air x pernah diciptakan? Mampukah mereka mencipta kapal sehebat Titanic jika lautan xpernah diciptakan? Singkatnya, Titanic tenggelam slps melanggar air!!




Begitulah, ternyata air lebih hebat dari kapal Titanic, jurutera pembuatnya & para pengagumnya.. begitu mudah Allah SWT menunjukkan kebesaran kuasaNya. Segala kesempurnaan air sbnrnya memperlihatkan kehebatan Pencipta air. Segala ciptaan Allah SWT lebih sempurna, termasuklah air yg sekilasnya nmpak biasa je. ..



“Allah SWT-lah yg telah menciptakan langit & bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dgn air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki utkmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bgmu supaya bahtera itu belayar di lautan dgn kehendak-Nya..”
(Surah Ibrahim, 14:32)

16 November 2008

..::ALHAMDULILLAH::..

Horeyy!!! Exam dah abis...Erk!! Silap2, ALHAMDULILLAH :)... Akhirnya exam final utk semester 5 ni dah abis..lega rasanya, tp tetap kena teruskan berdoa mdhn natijahnya pun cemerlang...

04 November 2008

...:::SEBUAH PERTEMUAN:::..

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan

Kau bisikan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan tika aku

Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan

Kau katakan rahmat-Nyamengatasi segala


Menitis air mataku keharuankepada sebuah pertemuan

Kehadiranmu mendamaikan

Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan

Tulus keikhlasan menjadi ikatan

Dengan restu kasihMu oh Tuhan


Titisan airmata menyubur cinta

Dan rindupun berbunga

Mekar tidak pernah layu

Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh dihati ini

Dikurniakan teman sejati

Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasihMu Tuhan

Yang terbias pada ketulusanSekeping hati seorang insan

Bernama Teman……..



Ya Allah......

Terima kasih krn Kau menghadirkan dia menjadi sahabatku,

Walau hanya sebentar bersua

Namun tersemat kuat di ingatan

Dalam hati tersedia ruang

Buat teman seiring perjalanan.....



…:::BILA HIDUP INI BERCERMIN:::…

BILA HIDUP ITU CERMIN...... Seharusnya kita lebih mengerti & memahami hidup apa dan bagaimana yg telah dan akan dilalui agar mampu mendekatkan diri kita pada-Nya.
BILA HIDUP ITU CERMIN…… Seharusnya kita dpt bersentuhan lebih dekat pada-Nya agar kita mampu mengetahui dgn jelas segala kekurangan yg yg terpantul dari cermin itu.

NAMUN SAYANG……
Kita sering menganggap bahawa hidup itu ibarat cermin cembung yg selalu melebih-lebihkan kekurangan dan mengurang-ngurangkan kelebihan yg kita miliki..
Atau kita sering menganggap bahawa hidup itu umpama cermin cekung yg selalu memberikan kekecewaan pada apa yg dipantulnya..
Dan menganggap cermin kehidupan adalah wujud yg lari kenyataan padahal kalau saja kita mampu merenungkan sejenak peristiwa yg dialami baik yg memalukan mahupun yg menyenangkan kerana itu adalah cerminan diri kita yg kita tak sempat perhatikan bahkan terus luput dari pandangan kita..

Cubalah mengerti….
Andai kita mampu melihat hidup ini seperti cermin datar yg setiap hari kita berkaca padanya, melihat noda hitam di wajah dgn jelas & perlahan-lahan mulai menutupinya dgn bedak @ sekadar lotion… bukankah itu lebih mudah??
Berapa kali kita bercermin utk sekadar memperindahkan penampilan jasad?

Namun..
Ketika itu sudahkah kita bercermin dgn kehidupan..
Menutupi kesalahan dgn amal soleh yg kita lakukan..
Serta menjadikan kelebihan sbg jalan utk dekat dgn-Nya seperti setiap hari kita lakukan??
Sudahkah??
Atau mmg kita malu utk melihat segala kekurangan kita
Melalui cermin kehidupan yg ada di depan mata??

..:::BABY SITTER:::..

Bismillahirrahmanirrahim….
Hujung minggu aritu (Sabtu,2 November 2008), ana & beberapa sahabat dari IIC (Mira, Alang Atie, Anjang Kila, Andak, Adik, Ayu, Uda Nas, Keena, Bieha & Ucu Ikmal) go to Hotel Saujana, Damansara atas jemputan khas utk menjadi baby sitter bertauliah..huhu… Jemputan ni sempena Majlis Sumbangsih Raudhatul Sakinah, so secara tepatnya kami kena menjaga baby2 angkat yg diambil dari RS tu…


Kami bertolak dgn “ladybugs” yg dipinjam dari M.Cik Uji dan dipandu oleh Alang Atie..Awal2 perjalanan, Alang Atie dah mula konfius sbb Anjang pening-pening lalat menunjukkan arah(Anjang pun konfius kot)..Tp betterla dari yg lain, trus give up..huhu…Setelah berhempas pulas mencari jalan & diatas bantuan Ayah@Pak Kay, kami dpt sampai dgn selamatnya ke hotel tersebut…Jazakillah buat ayah…




Bila jam menunjukkan 2 ptg, ibu bapa mulai hadir bersama anak-anak mereka. Pada mulanya kakak-kakak ni berebut-rebut utk memegang baby-baby yg kesemuanya comel2 belaka. Tp bila makin ramai ibu bapa yg dtg, masing2 dah mula risau, tak menang tangan nak handle baby-baby tu. Anggaran awal baby-baby tu semuanya 72 orang sedangkan kakak2 yg datang cuma dalam 20 org sahaja.

Berbagai-bagai aktiviti dijalankan utk mengelakkan mereka daripada keboringan, antaranya melukis, mewarna & juga menyanyi. Mereka juga sempat berendam di dalam kolam renang yg disediakan. Prog bersama2 kanak-kanak kelihatan berjalan lancar, tp kami di bahagian baby terasa kelam kabut…tertukar beg antara baby & lagi teruk, xtau yg mana satu beg baby2 tu…dahla nama diorang pun ada yg tak tau..huhu… tp Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar sehingga prog tamat. Kenangan sepanjang bersama semua kanak-kanak tu bermakna bg kami semua..

Akh Bai & Akh Danny turut serta menceriakan kanak-kanak pada hari itu…



Menjamu selera sblm bertolak balik...Kenyang sgt...


ada gaya sorang ummi x?hehe... I love baby :)

Sempat bergambar sblm balik...

02 November 2008

..:::GOOD LUCK!:::..

Nampaknya deman final dah bermula, mesti semua sibuk menelaah & membelek note2 sbg sentuhan terakhir before entering examination hall...Since exam is just around the corner, angah nak wish..



"Allahumma yassir, wa la tu'assir"

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'alul hazana idza ma syi'ta sahla"

BUAT:-
<<Kak yong, anjang, alang, achik, uda, andak, ucu, ayu, adik>>
<<mira, kak min, izzati, balighah
>>
<<sahabat2ku yg lain>>

<< adindaku IZZATI di UNIMAS>>

Tp dalam kesibukan study sbg persiapan akhir, jgn lupa utk munajat pada-Nya, mudahan diberi ketenangan hati & kelancaran utk menjawab soalan nnti.. Segalanya dtg dari Allah SWT, dia yg memutuskan samada ingin memberikan natijah yg baik @ sebaliknya pada kita… Yg penting, berusaha & bertawakallah pada-Nya…





















01 November 2008

..:::KISAH PENEBANG KAYU:::..

Suatu ketika dulu, seorang pemuda tinggal bersama isterinya di pinggir sebuah hutan. Pemuda itu bekerja sebagai penebang kayu. Setiap hari, penebang itu pergi ke hutan untuk menebang pokok dan kemudian menjualnya di bandar.Pada suatu hari, si pemuda berkata kepada isterinya..

“Wahai isteriku, aku cuba untuk menebang 10 batang pokok hari ini. Aku yakin aku boleh melakukannya”.

Setelah itu, pemuda it terus menuju ke arah hutan. Apabila senja tiba, ternyata pemuda itu pulang dgn hasil jualan 10 batang pokok yg dijualnya itu dan bermaknanya dia berjaya mencapai targetnya. Hal itu terus berlalu dari hari ke hari. Setiap hari pemuda itu tidak jemu2 melakukan kerjanya dengan penuh kesungguhan.

Namun, tidak lama kemudian hasil yg didapatinya semakin menurun. Minggu berikutnya dia cuma mampu menebang 8 batang pokok dan pada minggu berikutnya dia hanya mampu menebang 6 batang pokok sahaja. Sampai akhirnya, si penebang muda itu cuma mampu menebang 3 batang pokok.

“Ah, mengapa semua ini terjadi? Bukankah aku masih muda dan kuat??” keluh si penebang muda itu.

Si isteri yg pada mulanya diam terus berbicara…

“Suamiku, engkau memang masih muda dan aku yakin engkau mampu menebang lebih banyak lagi. Tapi engkau harus ingat, engkau harus mengasah kapakmu sebelum pergi bekerja. Sia-sialah semua tenagamu kalau kau punya kapak yg tumpul. Suamiku, kita tak dapat berharap hasil tebangan yg banyak kalau kita selalu lupa untuk mengasah kapak yg kita miliki”.

APAKAH IKTIBARNYA??

Kita sebenarnya sama seperti penebang muda itu:-
1. Kita terlalu sering berharap untuk mendapat pointer yg tinggi, tapi usahanya tak segigih mana.
2. Kita terlalu mengharap setiap sahabat memahami kita, tapi kita tak cuba untuk memahami setiap diri sahabat kita.
3. Kita terlalu sering bermohon kepada Allah untuk diberikan pahala & imbuhan yg sesuai tapi mutu ibadahnya minimum je.

Cuma sikit waktu yang kita berikan untuk mengasah keimanan kita dengan harapan pahala yg berlimpah. Kita sering lupa untuk mengasah semuanya padahal di sekeliling kita ada terlalu banyak cara yg boleh mengasah jiwa dan iman kita & salah satunya KEBAJIKAN MASYARAKAT.


***Actually ana dapat idea nak tulis pasal kisah ni lepas balik dari jamuan umah pak long. Time pak andak bg ucapan, ana dapat lihat besarnya harapan pak andak pada remaja(kitalah tu).. Kita mungkin masih lagi tak mampu utk memimpin sebuah negara tp kita mampu utk merubah nasib adik2 yg bakal menjadi pemimpin masa depan. Allah dah bg jalan pada kita menerusi KBM, mudahan perjuangan ini lebih mudah utk diteruskan..

“Teruslah memberi hikmah kepada orang sekitar kerana hikmah itu ibarat keharuman bunga yang semerbak, yang melekat pada tgn yg memberikan bunga”.

31 October 2008

..:::JAMUAN KBM KL vs LANDAK??:::..

Ni la daging landak tu...

Semlm pegi ke umah pak long sempena jamuan utk team KBM KL. Ptg tu Alang n Ayu dtg berbuka kt umah before bertolak ke umah pak long selepas solat maghrib. Sampai je umah pak long, kak yong, uda, keena n ummi tgh berbual..dah siap mkn pun diorg. Menurut pak long prog ni sbnrnya atas cadangan AYAH a.k.a PAK KAY..


Tgh2 seronok berbual, tiba2 diorg ckp ada hidangan daging landak. So confius, sbbnya atas meja tu ada dua jenis masakan daging. Alamak!! Xtau yg mana satu landak. Last2 amik jugak bila tgk kwn2 yg lain amik. Yg confirm, Mia xsentuh langsung sampaikan mak long ckp Mia xberani nak amik lauk lain..Pasrah btul Mia..huhu



Bila dah tgk kwn2 semangatje menyuap daging tu, ana pun start ler nak merasa daging tu..mula2 masuk mulut tu, rasa mcm ok je…tp lama2……………………Alamak, rasa macam hati ayamla pulak..cpt2 luahkan balik..huhu..ana xmakan hati, xkira hati apapun.. Yg Anjang kt sblh tu pulak dah berkerut2 muka dia duk kunyah daging landak tu, kesian dia…


Actually pasal daging tu, mak long ckp dh 2 bulan mak long simpan dlm refrigerator….lama tu, agaknya mak long nak peram dulu, patutlah ayah ckp best daging tu.. kisah landak ni dah heboh dlm net, sejak ana pi KBM BANTING aritu lg pak long duk cita pasal daging landak, rupanya mmg jadi masakan istimewa kitorang mlm td..


Abis je sesi menjamu selera, kak mia n ayah ade sediakan klip video berkaitan ngn KBM, terhibur sgt..Dlm diam dah hampir setahun KBM KL bergerak memberikan khidmat pada masyarakat..Dlm kegembiraan, ada kesedihan..ADIK KECIK dah nak terbang balik ke Bumi Anbiya’ xlama lagi..Xtaulah bila lg dapat jumpa dia..Walaupun sekejap, tp banyak sgt kenangan yg dpt kitorang cipta dlm team KBM KL..Ukhuwwah yg kuat begitu terasa dlm family besar ni..



P/s: Bila kita hilang seseorang yg kita sayang, Allah gantikan dgn lebih ramai lagi insan yg menyayangi kita..

29 October 2008

..:::DI MANA ALLAH DLM HATI KETIKA ALPA:::..

Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “di mana Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih sayang Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan iman,hubungan serta keupayaan untuk majudalam pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh Islam.

Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari kita?Sehubungan ini, Saidina Ali bin Abi Talib ada mengungkapkan kata-kata masyhurnya yang memuji golongan solihin, antara lain beliau menyebut: sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka.Cuba perhati serta renung secara mendalam kehidupan golongan solihin, yang penuh dengan pujian terhadap Allah atas segala keagungan ciptaanNya.Suasana ini telah menjadikan mereka sentiasa cermat dalam bertindak, berusaha tidak menyinggung kesucian Islam dengan kata-kata atau perbuatan.

Mereka hanya takut kepada Allah dan tidak kepada makhluk apatah lagi derhaka kepadaNya.Keagungan hanya layak disanjung terus kepada Allah, tidak memohon sesuatu melainkan kepadaNya. Hati mereka hanya berpaut hanya untukNya, semua yang ada di muka bumi ini kerdil dan bersifat sementara, hanya Allah sahajalah yang kekal tanpa kesudahan.Justeru, di manakah kita terhadap cinta kepada Allah? Bagaimana hubungan kita denganNya? Adakah kita benar-benar memelihara kebenaran konsep cinta hanya kepadaNya atau ada yang lain turut menerima cinta kita untuknya? Adakah kita telah melakukan apa yang dikehandakiNya dalam proses kita meletakkan cinta hanya kepadaNya?Perhatikan firman Allah kepada nabi Daud :

“Wahai Daud! Sesungguhnya engkau menghendaki sesuatu daripadaKu, ana pun menghendaki sesuatu daripadamu. Jika engkau benar-benar taat kepadaKu pada apa yang ana mahu, maka ana akan permudahkan apa yang engkau mahu. Jika engkau menentangKu pada apa yang ana mahu, maka ana akan menyusahkan engkau, maka berusahalah pada apa yang ana mahu.Dalam suasana yang lain pula, Allah ada menyatakan dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud : “jika mana-mana hambaKu mentaatiKu, maka ana redha (rela) kepadanya, bila ana redha kepadanya maka akan ana berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatan ana tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKu melakukan maksiat kepadaKu, ana marah kepadanya, bila ana marah kepadanya maknanya ana melaknatnya.Ketahuilah sekalian umat Islam, walau di mana mereka berada, dalam apa jua jawatan yang disandangnya, sesungguhnya Allah tidak suka kepada hambaNya yang memenuhi ruang hidupnya dengan pelbagai kebendaan dunia, hingga tiada ruang Allah di dalam hatinya.Apatah lagi untuk mengingatiNya dengan berzikir, jika Allah Maha Besar dalam segenap tindak-tanduk hambaNya, anak yang disayangi dijadikan korban tanpa berbelah bagi, itulah terjadi yang kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih anak kerana patuh kepada perintah Allah.

Dalam hal ini, baginda Rasulullah dan para sahabat tidak banyak bertanya, apatah lagi ragu terhadap perintah Allah untuk menghalakan kiblat ke Baitullah (Kaabah). Walaupun sebelum itu kiblat yang dihalakan adalah Masjid al-Aqsa, kerana Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka.Hidup dan mati mereka hanya untuk Allah dan bukan yang lain, kerana yang lain selain Allah akan mati dan memerlukan sokongan lantaran kelemahan dan tidak sempurna.Waktu sesuai untuk mendampingi AllahSekali lagi kita tanya diri sendiri “Di mana Allah dalam hati kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat kepadaNya?Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut : “ana bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana ana”Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah?

Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah kepada kita yang mampu bangun di tengah malam-Allah menyebut: “adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana ana menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka ana ampunkan segala dosa-dosanya dan memohon sesuatu maka ana berikan kepadanya”Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati kita ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNya untuk meninggikan syiar agamaNya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.Berapa banyak ruang yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dianugerahkan Allah ke atas kita, terus bersyukur kepadaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa, isteri atau suami kepada kita.

Atau kita hanya sekadar menerima nikmat tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan, tapi apa yang penting, di mana Allah dalam hati kita?Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri di mana Allah dalam hati kita? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah (mati) sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya?Apabila kita ingat Allah pada waktu susah, pasti Allah akan ingat kita pada waktu kita senang dan lapang.Demikianlah peringatan yang perlu kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain, agar Allah ada dalam hati kita sama ada pada perkara sekecil-kecilnya atau yang sebesar-besarnya, Tanya diri – di mana Allah dalam hati kita?

..:::Wanita Solehah:::..

Wanita yang di dunianya solehah akan menjadi cahaya bagi keluarganya, melahirkan keturunan yang baik dan jika meninggal di akhirat akan menjadi seorang bidadari. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farajnya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.

Rasulullah SAW bersabda : “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah” (HR Muslim).

Wanita solehah merupakan penguat semangat berjuang suami dan semangat ibadah suami. Suami terasa yakin yang dirinya tidak di khianati, kalau ditatap wajahnya betul-betul menyejukkan kalbu, kalau berbicara tutur katanya menenteramkan jiwa, tidak ada keraguan terhadap sikapnya…betapa besarnya tanggapan terhadap wanita solehah.

Pada prinsipnya wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul.Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, kehormatan dan kemuliaan akan terjaga pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah.Dan, insyaAllah nanti dirinya akan diberikan pendamping hidup yang baik, sesuai dengan sikapnya yang solehah.

Wanita solehah selalu konsisten ( istiqamah) dalam menimba ilmu dari alam dan lingkungan di sekitarnya lantas mengamalkan ilmu yang ada.Wanita yang solehah juga dapat berbakti pada suami dan bangsanya..sesungguhnya wanita solehah sentiasa belajar tentang hidup,baginya tiada hari tanpa belajar..sekadar renungan.

19 October 2008

..:::Syukur:::..

Alhamdulillah...Akhirnya dpt jgk create new blog(walhal duk ngadap pc ni nk cari bahan assignment..huhu)..Actually dah ada blog, tp dek kesibukan @ buat2 sibuk, dah lupa nak update n lagi teruk dah lupe password blog sndiri..Sampaikan Alang n Kak Yong pun pening ngn sahabat dia nih..:p.. So, utk Alang n Kak Yong, angah dah berjaya create blog baru n harapannya blog ni xjadi cam blog2 yg sebelumni...:)

::LISTENING::

::PET::