::FAMILY KBMKL::

26 August 2009

.:: AHLAN YA RAMADHAN ::..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, harini berkesempatan utk menjengah blog. Bak kata ALKHUDRI, "memang berhabuk sungguhla"..hehe. Ikutkan hati, terasa malas nak update, tapi bila fikirkan semua tujuan utama blog ni di buat, ana kuatkan hati untuk update.

Alhamdulillah, 21 August 09 lepas ana dah habis praktikal & bermula 23 August 09 secara rasminya bekerja di LAKESIDE LITTLE SCHOOL. Dua bulan berpraktikal di sini, macam-macam perkara yang ana dapat. Syukur punyai seorang owner yang betul2 memahami, sentiasa bagi sokongan & betulkan silap ana. Tambahan pulak adanya 18 orang anak-anak yg comel-comel dengan keletahnya masing-masing. Ikut kontrak, ana akan kerja di LAKESIDE sampai penghujung November tapi rasanya ana akan terus kerja kat sini, sayang nak tinggal suasana kat sini. Minggu ni ana kerja juga, tolong bibik jaga baby then esok dan lusa ada meeting.

Ana di Ramadhan kali ni terasa agak sedih. Minggu ni ana keseorangan disebabkan rakan sekerja balik kampung. Terpaksalah berbuka & bersahur sorang-sorang. Terasa seperti orang bisu, tak tau nak berbual dengan siapa. Sangat sedih tapi ana rasa ada hikmahnya. Setiap kali sebelum tidur, dalam keadaan gelap tu ana cukup risau kalau time ana tidur jadi apa-apa yang buruk. Hati tak henti-henti berdoa, moga dijauhkan dari bala. Walaupun dah confirm kunci pintu tapi tetap pergi check banyak kali, betul-betul risau. Mungkin ini caranya Allah nak uji sejauh mana kebergantungan ana pada-Nya. Dalam keadaan gelap tu jugak, ana terbayangkan suasana dalam kubur nanti. Tak pasti camne keadaan camne yang ana dapat, kubur yang selapang-lapangnya @ sebaliknya. Sungguh, ana betul-betul terasa kelainan Ramadhan kali ni. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Minggu ni ana balik rumah. Minggu lepas dah balik ta
pi minggu ni nak balik lagi. Ahad, 30 Ogos ada iftar dengan adik-beradik. Tak sabar rasanya. Walaupun semuanya tinggal area Kuala Lumpur & Selangor tapi sangat susah nak jumpa. Tapi iftar tahun ni tak dapat nak kumpulkan semua, adik ana di UNIMAS tak balik. Dulu masa arwah mak & ayah ada, seingat ana kami tak pernah dapat berkumpul semua sama-sama utk berbuka puasa. Tapi alhamdulillah, lepas pemergian mak & ayah, kami ambil inisiatif untuk buat iftar. Ini caranya untuk kami kuatkan ikatan kekeluargaan kami.

Bagi ana inilah iftar yang paling bermakna. Mungkin ini
Ramadhan terakhir untuk ana iftar bersama semua adik beradik. Dah sebulan abg ana bagitahu yang dia akan ke Dubai, mungkin selama 4-5 tahun. Tapi sampai sekarang ana tak boleh nak terima berita tu. Susah bagi ana untk terima. Mungkin bagi orang lain itu perkara biasa, tapi dalam keadaan yang menumpang kasih sayang sepenuhnya dari adik beradik, ana agak terkilan. Terasa hilang tempat bergantung. Tapi mungkin itu rezeki dari Allah utk dia.

Mudahan Ramadhan kali ni bukan Ramadhan terakhir buat kita semua. Sama-samalah kita memperbanyakkan amal.

"Dipermulaannya RAHMAH, di pertengahannya PENGAMPUNAN & di akhirnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA. Itulah RAMADHAN!"


::LISTENING::

::PET::