::FAMILY KBMKL::

19 December 2008

..::KDG2 LEBIH BAIK KITA ADA KEKURANGAN::..

Ana selalu terfikir, bestnya hidup ini kalo tak perlu susah payah berusaha, belajar & cari duit untuk hidup. Tapikan, hidup akan bosan bila terlalu senang. Contoh paling mudah, time cuti semester tempoh hari, boleh dikatakan tiap2 hari ana ke kolej, walhal takde kelas pun. Tapi dek kebosanan duk umah tanpa buat apa2, ana rela ke kolej & cari pape buku di library. Padahal cuti takdela lama sangat pun, tak sampai sebulan. Masalah yang datang sebenarnya untuk mewarnai hidup kita. Jika dapat diatasi dengan matang dan sabar, lepas tu berbungalah kenangan indah. Cerita hari ini akan menjadi fakta sejarah pada masa depan. Kalau bukan tercatat pada buku sejarah yang diguna pakai serta menjadi rujukan pelajar akan datang, setidak-tidaknya tercatat pada diary peribadi…huhu..
Indahnya sejarah lampau jika kita pernah berjayakan?? Kejayaan itu bukankah datang selepas kita berusaha? Dan bukankah usaha yang lebih perit itu akan lebih indah bila di kenang?? Tp ana, rasanya xpernah ada kejayaan yg boleh buat orang bangga dgn ana..Yg lebih banyak diterima, komen & segala macam yg sewaktu dgnnya... Walaupun dah cuba yang terbaik, ternyata susah untuk memuaskan hati orang lain... btul kn??
Huhu…apa punya falsafah ni?? Bagi2 la peluang ye.. baru nak belajar BERFALSAMPAH..kikiki… teringat pulak satu cite omputih, mungkin benar mungkin jugak tak.. tapi ada betulnya jugak kisah ni.. nak dengar??? Mana boleh dengar, baca je…hehe..
Seorang lelaki pegi jumpa Bill Gate, minta keje kt Microsoft. Bill Gate suruh dia isi form, dia pun isi la tp dia kosongkan ruangan ‘email’. Bill Gate pun tanyalah dia, “apa hang punya email?” Dia pun jawab, “takdak la tuan”. Bill Gate balas, “Kalo nak keje kat sini kena ada email”…. lelaki tu sgt sedih, sebab dia bukan setakat takde email, nak guna email pun dia tak reti. So dia pun balikla rumah…
Masa on the way balik, dia singgah pasar. Beli tomato sekilo, pastu dia jaja dari pintu ke pintu. Dia jual lebih mahal skit dari harga yang dia beli kat pasar tadi. So, duit dia pun bertambahla skit. Then, dia patah balik ke pasar dan beli lagi tomato. Hasil jualan dia berganda, jadi dia mula rasa seronok. Tiap-tiap hari dia akan keluar ke pasar beli tomato then jual dari rumah ke rumah. Hingga satu tahap, dia menanam tomato sendiri. Pastu lama-lama ada ladang tomato sendiri pulak.
Dia mungkin tak reti nak guna email, tapi dia reti nak ‘deal’ dengan tomato. Mudahkan?? Dia ada kekurangan (tak pandai guna email) tapi sekarang dia dah ada aset juta2 dengan ladang tomatonya. Andaikan saje dia ada email dan di terima bekerja kat Microsoft, mungkin (ana kata mungkin saja tau..) dia masih lagi jadi ofis boy dengan gaji beberapa sen kat situ… so, fikir-fikirkan dan selamat beramal..huhu..
Cerita ni mungkin tak best, ana tak pandai nak bercerita. Ini sekadar motivasi untuk diri ana sendiri. Sumber kekuatan setelah mengalami jatuh bangun dalam kehidupan. Ana tak punya kemahiran & kepandaian macam orang lain. Dengan serba kekurangan ini, ana cuba dengan apa yang ana boleh ‘deal’ dengannya. Ana jumpa diri ana di sini, so izinkan ana terus di sini…

“BILA KITA SEDAR KITA ADA KEKURANGAN, KITA AKAN LEBIH DEKAT DENGAN TUHAN.”

3 comments:

fareast said...

Salam Ziarah. Kaitan analofi dengan isi yang agak mengena. Walaubagaimanapun teruskan usaha anda. Selamat tahun baru Hijrah dan Masihi.

fareast said...

silap2. Analogi bukan analofi.

..::MAN ANA::.. said...

salam alaik..jazakillah..doakan ana moga terus komited di jalan ni..

::LISTENING::

::PET::