::FAMILY KBMKL::

19 December 2009

..::JOM! JOM! ::.

SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

TARIKH
23 - 24 Disember 2009 (Rabu & Khamis) / 06 07 Muharam 1431H


TEMPAT
Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam

PERASMIAN
Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato' Menteri Besar Negeri Selangor

UCAPTAMA
Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli
(Tokoh Ulama' Syria)


ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)


PENGENALAN

Malaysia dibentuk dengan menerima realiti kepelbagaian penduduk sebagai warganegaranya walaupun masih mengekalkan kedudukan Islam dan Melayu sebagai teras dan asas kewujudannya. Dalam menanggapi perkembangan politik yang berlaku lebih-lebih lagi dengan perkembangan siasah dan sosial semasa menuntut para ulama, sarjana dan cendekiawan Islam untuk menggemblengkan segenap tenaga ijtihad pemikiran dengan mengaplikasikan segala bentuk ilmu usul dan furu' yang ada untuk memberikan penyelesaian terhadap beberapa permasalahan yang berkaitan dengan hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam dalam konteks negara ini secara kontemporari.



OBJEKTIF

1. Berdiskusi mengenai prinsip-prinsip asas dalam pembinaan hukum fiqh bagi membentuk gagasan fiqh masyarakat Bukan Islam.

2. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat bukan Islam
dengan membongkar khazanah fiqh ahl zimmah yang telah disusun oleh para ulama silam seraya memberikan input-input baru sesuai dengan situasi masa kini.

3. Mencari penyelesaian yang bersepadu bagi mencadangkan bagaimana

menangani permasalahan yang timbul berkaitan dengan hubungan antara masyarakat yang pluralistik terutamanya yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak.

4. Membentuk gagasan fiqh masyarakat Bukan Islam berdasarkan
prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada umat Islam khasnya dan bukan Islam umumnya.


PERASMIAN DAN UCAP UTAMA

Dirasmikan oleh :
YAB. Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato' Menteri Besar Negeri Selangor

Ucap utama disampaikan:
YBhg. Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaily
Tokoh Ulama' Syria
Pengantar Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam


PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama', intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuh an gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta orang perseorangan.


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

HARI PERTAMA : RABU, 23 DISEMBER 2009

SIDANG 1: PRINSIP UMUM DALAM PEMBINAAN HUKUM FIQH
MASYARAKAT BUKAN ISLAM

1. Prinsip-prinsip Usul Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini
2. Siyasah Syar'iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk

3. Pengaruh Uruf Dalam Pembentukan Fiqh Masyarakat Bukan Islam


SIDANG 2: SENARIO ORANG BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

1. Latar Belakang Sejarah, Politik, Budaya dan Sosial Masyarakat Bukan
Islam di Malaysia
2. Hubungan Masyarakat Islam dan Masyarakat Bukan Islam Dalam Konteks
Sejarah Islam
3. Bagaimana Berinteraksi dengan Non Muslim dalam Konteks Malaysia


HARI KEDUA : KHAMIS, 24 DISEMBER 2009

SIDANG 3: UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT
BUKAN ISLAM

1. Sistem Perundangan Islam dalam Konteks Masyarakat Majmuk
2. Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah
3. Hukum-hukum kekeluargaan bukan Islam dalam Perundangan
4. Perlakuan Jenayah Orang Bukan Islam Dalam sistem Kehakiman Islam



SIDANG 4 : ORANG BUKAN ISLAM DI NEGARA ORANG ISLAM

1. Konsep Kerakyatan Orang Bukan Islam Dalam Politik Islam Moden Satu kajian berdasarkan Fiqh Ahl Zimmah
2. Konsep Perkongsian Kuasa dengan bukan Islam dalam Siyasah Syar'iyyah

3. Parti Politik Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam

4. Jizyah kepada warganegara Bukan Islam : Realiti Malaysia


SIDANG 5 : EKONOMI, SOSIAL DAN BUDAYA

1. Baitul Mal, Zakat, Sistem Percukaian dan Harta Negara serta Hubungannya dengan Masyarakat Bukan Islam Menurut Pandangan Islam
2. Islam dan Toleransi Budaya Dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia

3. Pendidikan Orang Bukan Islam Dalam Pusat Pengajian Islam

4. Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam

5. Hak-hak Mengamalkan Ajaran Agama Masyarakat Bukan Islam Dalam Sebuah
Negara Islam


MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Seminar ini akan dilangsungkan selama dua hari bermula pendaftaran dari jam
8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang. Maklumat dan tentatif program akan
diberikan pada masa seminar berlangsung.



Yuran Penyertaan :
Pertubuhan / Agensi Jabatan/Individu : RM 200.00
Bayaran adalah untuk kit seminar, jamuan ringan dan makanan serta kos
pengurusan.

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 16 Disember
2009
dengan menghubungi:

Sdra Mohd Azmi : 013-384 0710, 016-274 6550
Sdri Siti Asiah : 016-261 5547

Faks : 03-7955 4300
Email : pumpu...@yahoo. com
Blog : http://www.pumselan gor.org

09 December 2009

..::RINDU SI DIA::..

Tersangat rindu pada mereka..


Nadhirah : Anak sedaraku yg sering berdebat ttg apa2 je dgnku.. Adaje cerita & pengisian yg ana dapat dari die even tgh baring2 sesaje dgn die.. Akak, rindu dgr akak bising2 kt umah, panggil nama adik2, mencelah time abah bg tazkirah..Missing u a lot..




Abg Rie : Abg yg dulu selalu ana bangkang kata2nya, tp bila dh besar ni mula memahami setiap kata2nya ada kebenaran..

Kak Mai : Kakak ipar, yg walaupun taklah serapat mana dgn ana berbanding adik ana di UNIMAS, tp ttp ramah bercerita bila jumpa..Miss ur smile sis..

Najiyya : 1-1nya anak sedara ana yg ana xdpt tgk die m'besar dpn mata.. Confirm die xkenal sgt makcik die nih..Tp ttp sayang die jgk.. ('',)


08 December 2009

..::NEW INFO::..

Salam..Bismillah...

Sekadar info terbaru ttg ana. Baru dapat call dari Kak Lin dari Dzul Iman tghari td. Alhamdulillah diterima bekerja di sana... Jumaat need to attend training & next Monday start working. Syukur, sangat2 berterima kasih pada Kak Yong, Kak Zarina & Anjang Kila for your fully support & memberi kepercayaan pada Angah utk bersama2 kalian di sana.. Tak sabar, mudahan dgn kerja di sana ana dapat trus aktif bersama2 JIM & KBM khususnya...

Mohon doa dari semua..

07 December 2009

..::KBM M.U.B::..

Bismillah...
Alhamdulillah, masih lg diberi peluang utk hidup. Utk membaiki kesilapan diri, memburu pahala & mencari redhaNya. Masih juga diberikan kesempatan menulis entry utk blog nih.. Syukur Ya Allah..

Alhamdulillah,semalam ana berkesempatan utk menjadi fasilitator kpd program terbaru JIM iaitu KBM M.U.B (Meniti Usia Baligh) yg bertempat di Tingkat 50, Menara Telekom. Secara peribadinya ana betul2 bersyukur dapat terlibat dlm prog ni. Bertemu dgn Pak Lang sekeluarga yg selama ni hanya mendengar nama dari sahabat2 lain. Ternyata sgt berbeza perasaan bila bersua muka & sekadar mendengar cerita.. Jzkk Mia sbb offer pada Angah utk jd fasilitator program nie..

Secara keseluruhannya, bg pendapat ana program nie sgt membantu anak2 remaja dlm mengenal & melalui perubahan sebelum dan selepas baligh. Ana yakin sesangat sebab kebanyakan dari kita belajar tentang perubahan2 yg berlaku sebelum & selepas baligh ni daripada orang sekeliling kita berbanding daripada parents. Itu pendapat ana berdasarkan pengalaman sendiri. Malu bertanya pada parents & adik-beradik, sudahnya ustazah yg jd tempat rujukan. Mungkin pada orang lain berbeza, tp mcm ana kata td.. itu pendapat ana berdasarkan pengalaman ana.

Berbalik pada program tu, setiap slot yg diberikan ada pengisian & matlamatnya sendiri. Slot pertama "Riang Ria Aku Dewasa". Slot nie slot ice breaking, tp caranya sgt2 menarik. Diorang terpaksa cari ahli kumpulan diorang dalam bentuk permainan. Abg Bai bentukkan setiap kumpulan seramai 8 orang then minta diorang taaruf & ingat nama serta muka kwn2. Pastu diorang kena tutup mata & mulut pun kena 'paste'. Dalam keadaan mata & mulut tertutup tu diorang kena cari balik kawan2 diorang(yg sebelumnya dah diselerakkan oleh fasi2)..Bak kata pak lang, fasi bertindak sbg 'syaitan2' yg menghalang diorang jumpa balik kwn2 diorang. Dahla mata & mulut tertutup, lagu yg kuat pulak dipasang. Memang sgt2 susah.. Tp rasionalnya, camtulah halangan2 yg kita lalai bila dah mencapai umur yg baligh. Daripada boleh buat apaje yg kita suka, sekarang perlu memikul tanggugjawab yakni dosa & pahala..

Slot kedua, "Erti Satu Kedewasaan". Slot ni Ummi N9 menekankan pada adik2 erti sebenar makna baligh tu. Apa yg perubahan yg berlaku sebelum & selepas baligh. Kenapa perubahan tu perlu berlaku..Antara yg ummi tekankan ialah apa yg perlu dipelihara setelah baligh.. So, as a conclusion.. Ana rasa prog ni bukan saje utk adik2 sebenarnya tp fasi2 yg datang pun dapat banyak manfaatnye..

Kat bawah nie ada diuploadkan gambar2 sekitar program..




Hasil kerja adik2.. List jenis2 pergaulan yg THOLEH.






Mia bersama anak2 Pak Lang




Khusyuk mendengar penerangan dari Pak Lang




Sesi ice breaking


P/s : Ana suka video Ultraman Abg Bai.. Buat Pak Long, Selamat Hari Lahir yg ke-49. Moga terus diberikan kekuatan utk meneruskan kerja2 da'wah bersama kami.


05 December 2009

..::Finally::..

Salam alaik..


Dah lama tak post berita ke blog. Malam ni terasa bersemangat utk menulis kerana penantian yg ana tunggu selama nie bakal tiba.. Nak tau apa??Ini dia..

.
Xsabarnye!!

::LISTENING::

::PET::