::FAMILY KBMKL::

07 December 2009

..::KBM M.U.B::..

Bismillah...
Alhamdulillah, masih lg diberi peluang utk hidup. Utk membaiki kesilapan diri, memburu pahala & mencari redhaNya. Masih juga diberikan kesempatan menulis entry utk blog nih.. Syukur Ya Allah..

Alhamdulillah,semalam ana berkesempatan utk menjadi fasilitator kpd program terbaru JIM iaitu KBM M.U.B (Meniti Usia Baligh) yg bertempat di Tingkat 50, Menara Telekom. Secara peribadinya ana betul2 bersyukur dapat terlibat dlm prog ni. Bertemu dgn Pak Lang sekeluarga yg selama ni hanya mendengar nama dari sahabat2 lain. Ternyata sgt berbeza perasaan bila bersua muka & sekadar mendengar cerita.. Jzkk Mia sbb offer pada Angah utk jd fasilitator program nie..

Secara keseluruhannya, bg pendapat ana program nie sgt membantu anak2 remaja dlm mengenal & melalui perubahan sebelum dan selepas baligh. Ana yakin sesangat sebab kebanyakan dari kita belajar tentang perubahan2 yg berlaku sebelum & selepas baligh ni daripada orang sekeliling kita berbanding daripada parents. Itu pendapat ana berdasarkan pengalaman sendiri. Malu bertanya pada parents & adik-beradik, sudahnya ustazah yg jd tempat rujukan. Mungkin pada orang lain berbeza, tp mcm ana kata td.. itu pendapat ana berdasarkan pengalaman ana.

Berbalik pada program tu, setiap slot yg diberikan ada pengisian & matlamatnya sendiri. Slot pertama "Riang Ria Aku Dewasa". Slot nie slot ice breaking, tp caranya sgt2 menarik. Diorang terpaksa cari ahli kumpulan diorang dalam bentuk permainan. Abg Bai bentukkan setiap kumpulan seramai 8 orang then minta diorang taaruf & ingat nama serta muka kwn2. Pastu diorang kena tutup mata & mulut pun kena 'paste'. Dalam keadaan mata & mulut tertutup tu diorang kena cari balik kawan2 diorang(yg sebelumnya dah diselerakkan oleh fasi2)..Bak kata pak lang, fasi bertindak sbg 'syaitan2' yg menghalang diorang jumpa balik kwn2 diorang. Dahla mata & mulut tertutup, lagu yg kuat pulak dipasang. Memang sgt2 susah.. Tp rasionalnya, camtulah halangan2 yg kita lalai bila dah mencapai umur yg baligh. Daripada boleh buat apaje yg kita suka, sekarang perlu memikul tanggugjawab yakni dosa & pahala..

Slot kedua, "Erti Satu Kedewasaan". Slot ni Ummi N9 menekankan pada adik2 erti sebenar makna baligh tu. Apa yg perubahan yg berlaku sebelum & selepas baligh. Kenapa perubahan tu perlu berlaku..Antara yg ummi tekankan ialah apa yg perlu dipelihara setelah baligh.. So, as a conclusion.. Ana rasa prog ni bukan saje utk adik2 sebenarnya tp fasi2 yg datang pun dapat banyak manfaatnye..

Kat bawah nie ada diuploadkan gambar2 sekitar program..




Hasil kerja adik2.. List jenis2 pergaulan yg THOLEH.






Mia bersama anak2 Pak Lang




Khusyuk mendengar penerangan dari Pak Lang




Sesi ice breaking


P/s : Ana suka video Ultraman Abg Bai.. Buat Pak Long, Selamat Hari Lahir yg ke-49. Moga terus diberikan kekuatan utk meneruskan kerja2 da'wah bersama kami.


No comments:

::LISTENING::

::PET::