::FAMILY KBMKL::

28 April 2009

..::KLIBF09::..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, KLIBF09 berakhir 26th April yg lalu. ana berkesempatan utk bertugas di gerai JIM Media selama 3 hari & sepanjang KLIBF kali ni, banyak kenangan & perkara yg mencuitkan hati berlaku..Antaranya:



1. BAS ROSAK
Hari Ahad (26th April 09), sepatutnya ana ke PWTC dengan alang tp tiba2 Alang ada hal, so ana decide naik bus mcm biasa. Tp aritu tiba-tiba lak bus rosak betul2 depan Dynasty Hotel. Tunggu punya tunggu, tp xde bus lain yg lalu, terpaksalah ana naik teksi utk ke Titiwangsa..Perjalanan yg sepatutnya just amik masa 1 jam shj jadi 2 jam..Bayangkan, ana keluar umah jam 9.30, jam 11pg baru sampai ke PWTC..Huhu, sangat penat.


2.RABBANI PALSU
Ha, yg ni pulak, ana nak gi beli buku yg Kak Yong pesan. Sampai je kt stage tu, dengar suara Ustaz asri Rabbani tgh nasyid. Nak kata kaset, suara memang real. So, dengan semangatnya ana berdiri tunggu diorang kluar tp rupanya bukan kumpulan Rabbani pun. Ada 3 jejaka duk buat sound test kat tepi stage tu, tp suaranya mmg sebijik ngn Ustaz Asri, kekuatan 3 suara tu menyamai 1 kumpulan Rabbani.. Ana pun pegilah taaruf & tujuan utama nak amik gambar diorang sebenarnya..huhu..So, ana dapat taulah, dorang ni just suka2 je nasyid..Salah sorang dari ahli bertiga ni Ex- SMI Hidayah JB, lg sorang EX-SMAKAKL..


Inilah dia 3 jejaka tu(",)





3.USTAZ AKHIL HAYY
Knp dengan ustaz Akhil??Ana jalan2 ke Booth Inteam Record, kebetulan Ustaz ada kt situ. So, ana pun amiklah pic dia. tiba2 dia tnya, dari mana ni(sambil tunjuk vest yg ana pakai). Ana cakaplah ana dari JIM Media. Tiba2 dia ckp, ana nak button badge (Save Gaza) tu 1 boleh x? Tergamam ana, dalam hati duk fikir, nk bg ke tak. Button badge tu bukan ana punya, ana just pakai je, kalo bg kena bayar lak..hehe.. Last2 ana bg jugak, bukan selalukan?:) Pastu dia tanya lagi, kat Booth JIM ada jual apa? Ana cakaplah ada jual buku2 terbitan JIM, buku2 berkenaan Palestin & etc. Ustaz pun mintak salah satu buku yg ada. So, ana lari balik ke Booth, capai buku "Biarkan Aku Jadi Orang Palestin", bayar then trus lari bg kat dia. Tak sangka pulak, orang lain mintak autograph dia, tp dia mintak 'aotugraph' ana..huhu


Ustaz Akhil Hayy





4.SAHABATKU PENULIS

Ana terjumpa sorang sahabat ana, Sayyidah Muizzah Kamarul Syukri time ana belajar di SMA Khairiah, Terengganu dulu. Sungguh tak sangka, sahabt yg dulu sangat pendiam tp sekarang bergelar penulis muda dibawah naungan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Tajuk bukunya kalau xsilap ana, Janji Miftahul Raudhah...



5.BIRTHDAY ALANG

Actually, birthday Alang jatuh pada 27th April 2009. Tp ana bg dia hadiah sehari sebelumnya sbb susah btul nk jumpa 'Cikgu Atikah' sekarang ni.. Buat Alang, SELAMAT HARI LAHIR. Syukran jadi adik yg memahami & sahabat yg sentiasa memberi inspirasi



6.ACCIDENT

Time kitorang duk sibuk2 kemas booth, tiba-tiba ana & Nasitah nampak ada orang berkumpul kt jalan raya. Kitorang decide nak pegi tp tiba-tiba Abg Wan Am dtg, bila kitorang ckp ada accident, trus dia lari gi tengok. Bukan Abg Wan Am je, ikhwah2 lain pun lari g tengok..Tinggal la Alang je kt booth.Yg kelakarnya, Abg Wan Am bawak skali sample promotion button badge 'Save Gaza' yg besar tu..hehe..Xcaya? Tgk pic kt bawah..





Ni pulak antara picture yg ana sempat snap...




Pak Utih, penulis buku Suami Memimpin, Isteri Mengurus terbitan JIM Media..





Zaid Akhtar, penulis buku Salju Sakinah







Salah seorang ahli kumpulan Hijjaz





Taufiqurrahman, penulis buku best seller (adik kpd Habiburahman)






Alang & Nasyitah bersama Doktor Muda Anis..








Anis pun datang jugak bersama ummi ngn babahnya..

24 April 2009

JOM BERGOSIP?? TP...

Bismillah..

Sekadar perkongsian...Mudahan menjadi iktibar buat sahabat2 sekalian dan buat ana juga...


Seorang wanita mengulangi berita yg memalukan mengenai tetangganya. Dalam beberapa hari sahaja, seluruh kampung mengetahui ceritanya. Dan akibatnya, orang yg diceritakan itu merasa sakit hati serta teramat kecewa.


Tidak lama kemudian, si wanita yg menyebarkan berita buruk itu menyedari bahawa berita yg dia sebarkan itu ternyata salah & tidak benar sama sekali. Dia merasa menyesal dan berjumpa dengan seorang tua yg bijak pandai utk mengetahui apa yg dapat dia lakukan utk menebus kesilapannya itu.


"Pergilah ke pasar", kata orang tua itu. "Dan belikanlah seekor ayam. Sembelih ayam itu dan kemudian dalam perjalanan pulang cabut bulunya satu persatu, buang di sepanjang jalan."


Meskipun hairan, wanita itu tetap melaksanakan apa yg disarankan oleh orang tua itu. Namun, dia merasa masih belum cukup untuk menebus perbuatannya menyebarkan berita bohong kepada penduduk kampung. Pada keesokan harinya, dia kembali berjumpa dengan orang tua bijaksana tersebut. Orang tua itu berkata, "Hmm, kalau begitu sekarang pergilah dan kumpulkan semula semua bulu yg telah kamu buang di sepanjang jalan semalam & bawakan kembali kepadaku."


Wanita itu pun menyusuri jalan yg sama dan berusaha mengumpulkan semula bulu-bulu ayam yg telah dia buang pada hari sebelumnya. Namun, angin telah menerbangkan semua bulu-bulu itu kemana-mana sehingga mustahil utk dia mengumpulkan semunya. Setelah mencari berjam-jam lamanya, dia kembali dan hanya berjaya menjumpai 3 bulu sahaja.


"Lihatlah!, sangat mudah utk mencabut bulu ayam dan membuangnya. Namun sangat tidak mungkin utk mengumpulkannya kembali. Begitu juga dengan gosip & berita bohong. Tidak susah utk menyebarkannya, namun sekali tersebar kita tidak dapat memperbaiki kesalahan kita" kata orang tua itu..


~Wallahua'lam~

22 April 2009

..::MEREDAM RASA TERSINGGUNG::..


Bismillahirrahmanirrahim...


Salah satu perkara yg sering membuatkan mood kita tidak baik adalah rasa tersinggung. Perasaan ini muncul disebabkan oleh ketidaktahanan & ketidakfahaman kita terhadap sikap orang lain. Ketika tersinggung, kita akan sibuk utk membela diri dan selanjutnya memikirkan keburukan orang lain. Paling membahayakan, akan timbul rasa marah. Kemarahan yg meluap-luap sehinggakan tidak dapat utk dikawal..


Apa yg menyebabkan kita merasa tersinggung??

Rasa tersinggung akan muncul apabila seseorang menilai dirinya lebih dari kenyataan yg sebenarnya, merasa diri pintar, berjaya dan sebagainya. Setiap kali kita menilai diri kita lebih dari yg sepatutnya, kita akan amat mudah utk merasa tersinggung walaupun yg sebenarnya sekadar gurauan dari sahabat semata-mata. Oleh itu, ada sesuatu yg harus kita perbaiki, iaitu KEBOLEHAN MENILAI DIRI.


Jangan banyak berfikir atau mengingat-ingat bahawa kita telah berjasa, kitalah yg menyelesaikan segalanya, etc. Semakin banyak kita mengaku-ngaku tentang diri kita, makin mudah syaitan memainkan peranannya & terdetiklah rasa tersinggung itu didalam hati kita. Ada beberapa perkara yg cukup efektif utk meredam rasa tersinggung.


1. BELAJAR MELUPAKAN

Belajarlah melupakan setiap perkara yg membuatkan kita tersinggung. Tak mudah utk dilakukan tetapi kita mampu sebenarnya utk melakukannya. Walaupun kita sbg pemimpin, lupakanlah hal itu & seterusnya anggaplah semuanya sebagai amanah agar diri kita tidak tamak terhadap penghargaan semata-mata. Kita harus melatih diri utk merasa sekadar hamba Allah SWT yg tidak memiliki apa-apa kecuali sedikit ilmu yg dipercikkanNya kepada kita.


2.BERMANFAAT APABILA MENANGGAPI DENGAN TEPAT

Kita harus melihat bahawa walau apapun yg dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat apabila kita berupaya utk menanggapi semau itu dengan tepat. Kita akan rugi apabila salah dalam menaggapai setiap perkara yg berlaku kpd kita. Tak perlu mencari kesilapan orang lain, terima seadanya dan fikirkan hikmah disebalik perkara yg terjadi. kita tak mampu memaksa orang lain melakukan sesuatu mengikut kehendak kita, tetapi yang perlu kita lakuakn adalah memaksa diri kita menyantuni orang lain dengan akhlak terbaik kita. Apapun kata-kata, cercaan atau hinaan orang lain kepada kita, ianya terjadi dengan izin Allah SWT. Anggaplah ini episod atau ujian yg harus kita alami utk menguji keimanan kita.


3.JADIKAN PENGHINAAN SBG PENINGKATAN KUALITI DIRI.

Jadikanlah penghinaan orang lain kepada kita sbg ladang peningkatan kualiti diri kita dan kesempatan utk mengamalkan sifat mulia. Maafkanlah sesiapapun yg menyakiti kita dan balaslah dengan kebaikan.

21 April 2009

..::LAFAZ YG TERSIMPAN::..

Bismilahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, malam ni ada kesempatan utk ana update blog ni..Tp sekadar utk meluahkan & berkongsi rasa hati...

Setiap kali hujung minggu, mesti ada yg akan tanya..Minggu ni pergi KBM lagi ke? Dan antara soalan2 lain yg ana dapat:-

>>Apa yg bestnya jadi fasi KBM (Keindahan BersamaMu)??Bukan dapat pape bayaran pun..
>>Tak boring ke tiap-tiap minggu ikut program yg sama & semestinya pengisiannya jugak sama..
>>Kenapa join KBM je? Program lain taknak join ke?

Bg ana, ana ada reasonnya sendiri..Ana jadi fasi bukan kerana paksaan sape2, tapi ana sangat-sangat suka ke program tu..Buat yg bertanya, ana jelaskan semuanya kat sini..

1. Ana tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata apa yg bestnya dengan program ni.. Bukan bayaran yg ana cari tapi kemanisan ukhuwwah yg tak terlalu erat.. Ana bukan saje temui diri ana dalam program ni, tp ana dapat keluarga besar dan alhamdulillah, ada ayah & ummi, adik beradik & pakcik/makcik sebagai penyokong kuat ana.. Dalam KBM, ana dapat sahabat sejati & ana rasa KBM satu platform utk ana refresh iman ana setiap minggu..

2. Ana tak boring ke KBM..Memanglah pengisiannya sama tapi pengalaman yg ana alami berbeza.. Setiap KBM yg ana pergi, ada kelainannya.. Ini yg ana mampu buat, sebagai dakwah fardiyyah ana.. Ana cuba fokus utk program ni, tapi tak bermakna ana menolak utk membantu dalam program-program lain. Cuma ana risau, apa yg ana kejar tak dapat & apa yg ana kendong berciciran.. Biarlah sedikit, asalkan ana tau value KBM ni pada ana..

3. Paling penting, ana seronok bila dapat tengok adik-adik melafazkan "LAFAZ YG TERSIMPAN" pada parents mereka..Itu yg ana tak mampu buat sekarang.. Ana tak mampu nk peluk mak ayah ana, tak mampu nak bisikkan kata-kata betapa ana sayangkan mereka.. ana cuma mampu doakan dari jauh.. So, bila ana tengok adik-adik peluk parents & ucapkan kata-kata tu, satu kepuasan bg ana..Kepuasan yg teramat sangat.. Buat sahabat yg bertanya, syukran kerana pertanyaan tu menyedarkan ana betapa bertuahnya ana mengenali team KBM..





Inilah ibu & ayah ana.. Ana cuma mampu ucapkan "LAFAZ TERSIMPAN" ana cuma dlm doa..



p/s : Walaupun dah banyak kali ke KBM, air mata ni still laju je menitis bila tengok adik2 peluk parents diorang.. Buat UMMI & AYAH, syukran menerima angah seadanya..


14 April 2009

..::Leganya..::..



Bismillahirrahmanirrahim...





1. Result exam dah tau...


Alhamdulillah, sgt2 gembira dengan resultnya...


Dah boleh fikir nak praktikal kat mana..


Requesting utk addition extra subject pun dah di approvekan:)





2. Esok..


Bermula class seperti biasa..


Kesibukan pun bermula seperti biasa..


Dan hopefully, usrah dapat start minggu ni jgk..


InsyaAllah..





3. Ana nak minta maaf...


Andai nnti takde kesempatan nak update blog ni...


Dah dapat rasa final sem ni menjanjikan kesibukan yg laur biasa..


Apatah lagi sem ni short semester..


So, andai berhabuk & xde perkembangan terbaru..


Mohon maaf tp insyaAllah ana akan cuba luangkan masa juga utk update rumah ni..





4. Mohon doa semua...


Semester ni ana ambil 4 subject..


Sgt2 mencabar utk semester pendek camni..


Tp ana ambil jugak sbb ana taknak extend sem depan semata2 utk satu subject je..


Mohon ye..Doakan semuanya berjalan lancar..


Amin..





08 April 2009

..::What to do?::..

Bismillahirrahmanirrahim..


1.
baru lepas xm.
tawakkal sepenuhnya.
exam, entah biarlah..tawakkal..
tp sgt mengharap lulus,
sbb sgt penting utk amik next paper,
kalo x lulus, terpaksa extend & tangguh praktikal.
nauzubillah min zalik..
mohon doa semua…

2.
bnyk benda dlm fikiran.
x tau nk mula dr mana.
masalah utk subject sem dpn blum disettlekan lg.
nk buat apa ni??
Ya Allah permudahkan urusan kami..

3.
perasaan yg sejak akhir2 ni tak tentu hala
sebab iman merudum..
sedih yg berpanjangan..
Astaghfirullah
Gelisah yg tak tentu fasal..
Astaghfirullah
Ya Allah..
peliharalah diriku dari kegelisahan ini..
Xsabar nk tunggu semester baru.
Biar fikiran ni tenggelam dlm kesibukan,
Yg penting usrah berjalan semula..

::LISTENING::

::PET::