::FAMILY KBMKL::

02 September 2009

..::IFTAR::..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dlm tak sedar skrg dah masuk hari ke-12 Ramadhan. Terasa sekejap je masa berlalu, mudahan dlm 8 hari berikutnya kita masih berpeluang utk mendapat pengampunan daripada Allah SWT & seterusnya mengejar janji Allah iaitu pembebasan dari api neraka. Amin..

Pada hari Ahad lepas, alhamdulillah ana berpeluang turut serta beriftar bersama adik beradik di Gombak. Walaupun ahlinya tak cukup, (abg ana ke Makkah atas urusan kerja, akak ipar blk Kelantan & sorang adik di UNIMAS) tp alhamdulillah suasananya cukup meriah. Peluang berjumpa & bertanya khabar di gunakan sebaik mungkin lg-lg bila Aidilfitri nanti masing2 ada yang balik umah mertua. Tinggallh kami yang bujang ini berkumpul di kampung. Terkejut bila tengok anak-anak sedara dah besar. Tu tandanya ana ni dah makin 'remaja'..huhu



Farhana. Salah sorang anak sedara ana.


Semalam, 1 September 2009 sekali lagi ana berpeluang beriftar. Tapi kali ni IFTAR PERDANA KBMKL yang bertempat di kawasan berdekatan Pejabat JIM. Pada permulaannya ana tersangat-sangatlah frust bila dapat tahu tarikh iftar ni jatuh pada hari Selasa, hari yg ana bekerja. Yang menjadi masalahnya, ana tak ada pengangkutan utk ke Iftar tu. Tapi alhamdulillah, semalam time mengajar, ana dapat sms dari Kak Yong, ajak ana ke Iftar. Rupanya tempat ana kerja sangat-sangat dekat dgn tempat kerja Kak Yong. Lepasni bolehlah ana kembali aktif dengan program. Ada peneman dan ada pengangkutan. Boleh ye Kak Yong?Hehe..

Sampai di tempat iftar, semua dah pun bersiap-siap utk solat Maghrib. Tapi sempatlah jugak ada 'sesi hujan' dgn Alang, Kak Nina & Bieha. Memang dah lama sangat-sangat tak jumpa sahabat2 usrah ALL4U dan semalam terubat rindu tu. Sungguh! U
khuwah & persahabatan tu sangat indah dan membahagiakan. Iftar semalam jugak diadakan utk meraikan beberapa fasi KBM KL yang akan terbang jauh. Ada yg ke Jordan, Yaman, Mesir & juga Madinah. Lepas solat Maghrib, seperti biasa kami dihidangkan dengan video oleh Damia khas buat semua fasi KBM KL.

Time ana nak balik, tersentuh hati ana bila Bieha cakap "Angah, taknak balik Gombak ke? Bieha rindu Angah. Bieha tak tahu nak ngadu masalah kat sape". Terasa kuatnya ikatan persahabatan tu. Tak sedar lagi sekali 'sesi hujan'. Bila teringat, rasa macam sesi INTEAM pulak. Huhu... Inilah kemanisan yg boleh ana rasa bila dah ber KBM, kekuatan persahabatan & ukhuwwah makin kuat ana rasa. Menyokong ana bila ana jatuh, bersama ana bila ana perlukan mereka..Sampai umah, dapat sms dari Alang. "Tak puas dapat jumpa Angah. Sekejap je". Airmata ni tak henti-henti mengalir. Rindu berusrah bersama ALL4U, rindu bercerita & berprogram. Buat semua sahabat2 ana:-

"Di sebalik kepayahan disitulah kekuatan, tekad hati azimat perjalanan mengejar impian. Apabila laluan seakan sukar bagai tak terdaya utk terus bertahan, ingatlah kasih-Nya menyedarkan. KITA TAK PERNAH SENDIRIAN.. Inilah kasih-Nya, inilah cinta-Nya & setiap yang diberikan adalah yang terbaik utk kita. Allah memberi suatu kemanisan nikmat ukhuwwah selepas kita merasai pahit kepayahan mendapatkannya. Ayuh sahabat! Moga kita istiqamah dalam mencari redha-Nya..


2 comments:

[SHE] said...

Salam alaik...Ngah, bleh je ikut akk pi program..tp pengangkutan akk biasanya "dua kaki" la...hehehe...kdg2 je baru mnumpang org...bleh la lps ni gi progrm bteman, slalu solo je...

D said...

rindu!rindu!rindu!rindu!rindu!rindu!rindu!rindu!!!!!!

::LISTENING::

::PET::