::FAMILY KBMKL::

31 October 2008

..:::JAMUAN KBM KL vs LANDAK??:::..

Ni la daging landak tu...

Semlm pegi ke umah pak long sempena jamuan utk team KBM KL. Ptg tu Alang n Ayu dtg berbuka kt umah before bertolak ke umah pak long selepas solat maghrib. Sampai je umah pak long, kak yong, uda, keena n ummi tgh berbual..dah siap mkn pun diorg. Menurut pak long prog ni sbnrnya atas cadangan AYAH a.k.a PAK KAY..


Tgh2 seronok berbual, tiba2 diorg ckp ada hidangan daging landak. So confius, sbbnya atas meja tu ada dua jenis masakan daging. Alamak!! Xtau yg mana satu landak. Last2 amik jugak bila tgk kwn2 yg lain amik. Yg confirm, Mia xsentuh langsung sampaikan mak long ckp Mia xberani nak amik lauk lain..Pasrah btul Mia..huhu



Bila dah tgk kwn2 semangatje menyuap daging tu, ana pun start ler nak merasa daging tu..mula2 masuk mulut tu, rasa mcm ok je…tp lama2……………………Alamak, rasa macam hati ayamla pulak..cpt2 luahkan balik..huhu..ana xmakan hati, xkira hati apapun.. Yg Anjang kt sblh tu pulak dah berkerut2 muka dia duk kunyah daging landak tu, kesian dia…


Actually pasal daging tu, mak long ckp dh 2 bulan mak long simpan dlm refrigerator….lama tu, agaknya mak long nak peram dulu, patutlah ayah ckp best daging tu.. kisah landak ni dah heboh dlm net, sejak ana pi KBM BANTING aritu lg pak long duk cita pasal daging landak, rupanya mmg jadi masakan istimewa kitorang mlm td..


Abis je sesi menjamu selera, kak mia n ayah ade sediakan klip video berkaitan ngn KBM, terhibur sgt..Dlm diam dah hampir setahun KBM KL bergerak memberikan khidmat pada masyarakat..Dlm kegembiraan, ada kesedihan..ADIK KECIK dah nak terbang balik ke Bumi Anbiya’ xlama lagi..Xtaulah bila lg dapat jumpa dia..Walaupun sekejap, tp banyak sgt kenangan yg dpt kitorang cipta dlm team KBM KL..Ukhuwwah yg kuat begitu terasa dlm family besar ni..



P/s: Bila kita hilang seseorang yg kita sayang, Allah gantikan dgn lebih ramai lagi insan yg menyayangi kita..

29 October 2008

..:::DI MANA ALLAH DLM HATI KETIKA ALPA:::..

Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “di mana Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih sayang Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan iman,hubungan serta keupayaan untuk majudalam pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh Islam.

Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari kita?Sehubungan ini, Saidina Ali bin Abi Talib ada mengungkapkan kata-kata masyhurnya yang memuji golongan solihin, antara lain beliau menyebut: sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka.Cuba perhati serta renung secara mendalam kehidupan golongan solihin, yang penuh dengan pujian terhadap Allah atas segala keagungan ciptaanNya.Suasana ini telah menjadikan mereka sentiasa cermat dalam bertindak, berusaha tidak menyinggung kesucian Islam dengan kata-kata atau perbuatan.

Mereka hanya takut kepada Allah dan tidak kepada makhluk apatah lagi derhaka kepadaNya.Keagungan hanya layak disanjung terus kepada Allah, tidak memohon sesuatu melainkan kepadaNya. Hati mereka hanya berpaut hanya untukNya, semua yang ada di muka bumi ini kerdil dan bersifat sementara, hanya Allah sahajalah yang kekal tanpa kesudahan.Justeru, di manakah kita terhadap cinta kepada Allah? Bagaimana hubungan kita denganNya? Adakah kita benar-benar memelihara kebenaran konsep cinta hanya kepadaNya atau ada yang lain turut menerima cinta kita untuknya? Adakah kita telah melakukan apa yang dikehandakiNya dalam proses kita meletakkan cinta hanya kepadaNya?Perhatikan firman Allah kepada nabi Daud :

“Wahai Daud! Sesungguhnya engkau menghendaki sesuatu daripadaKu, ana pun menghendaki sesuatu daripadamu. Jika engkau benar-benar taat kepadaKu pada apa yang ana mahu, maka ana akan permudahkan apa yang engkau mahu. Jika engkau menentangKu pada apa yang ana mahu, maka ana akan menyusahkan engkau, maka berusahalah pada apa yang ana mahu.Dalam suasana yang lain pula, Allah ada menyatakan dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud : “jika mana-mana hambaKu mentaatiKu, maka ana redha (rela) kepadanya, bila ana redha kepadanya maka akan ana berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatan ana tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKu melakukan maksiat kepadaKu, ana marah kepadanya, bila ana marah kepadanya maknanya ana melaknatnya.Ketahuilah sekalian umat Islam, walau di mana mereka berada, dalam apa jua jawatan yang disandangnya, sesungguhnya Allah tidak suka kepada hambaNya yang memenuhi ruang hidupnya dengan pelbagai kebendaan dunia, hingga tiada ruang Allah di dalam hatinya.Apatah lagi untuk mengingatiNya dengan berzikir, jika Allah Maha Besar dalam segenap tindak-tanduk hambaNya, anak yang disayangi dijadikan korban tanpa berbelah bagi, itulah terjadi yang kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih anak kerana patuh kepada perintah Allah.

Dalam hal ini, baginda Rasulullah dan para sahabat tidak banyak bertanya, apatah lagi ragu terhadap perintah Allah untuk menghalakan kiblat ke Baitullah (Kaabah). Walaupun sebelum itu kiblat yang dihalakan adalah Masjid al-Aqsa, kerana Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka.Hidup dan mati mereka hanya untuk Allah dan bukan yang lain, kerana yang lain selain Allah akan mati dan memerlukan sokongan lantaran kelemahan dan tidak sempurna.Waktu sesuai untuk mendampingi AllahSekali lagi kita tanya diri sendiri “Di mana Allah dalam hati kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat kepadaNya?Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut : “ana bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana ana”Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah?

Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah kepada kita yang mampu bangun di tengah malam-Allah menyebut: “adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana ana menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka ana ampunkan segala dosa-dosanya dan memohon sesuatu maka ana berikan kepadanya”Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati kita ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNya untuk meninggikan syiar agamaNya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.Berapa banyak ruang yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dianugerahkan Allah ke atas kita, terus bersyukur kepadaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa, isteri atau suami kepada kita.

Atau kita hanya sekadar menerima nikmat tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan, tapi apa yang penting, di mana Allah dalam hati kita?Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri di mana Allah dalam hati kita? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah (mati) sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya?Apabila kita ingat Allah pada waktu susah, pasti Allah akan ingat kita pada waktu kita senang dan lapang.Demikianlah peringatan yang perlu kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain, agar Allah ada dalam hati kita sama ada pada perkara sekecil-kecilnya atau yang sebesar-besarnya, Tanya diri – di mana Allah dalam hati kita?

..:::Wanita Solehah:::..

Wanita yang di dunianya solehah akan menjadi cahaya bagi keluarganya, melahirkan keturunan yang baik dan jika meninggal di akhirat akan menjadi seorang bidadari. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farajnya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.

Rasulullah SAW bersabda : “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah” (HR Muslim).

Wanita solehah merupakan penguat semangat berjuang suami dan semangat ibadah suami. Suami terasa yakin yang dirinya tidak di khianati, kalau ditatap wajahnya betul-betul menyejukkan kalbu, kalau berbicara tutur katanya menenteramkan jiwa, tidak ada keraguan terhadap sikapnya…betapa besarnya tanggapan terhadap wanita solehah.

Pada prinsipnya wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul.Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, kehormatan dan kemuliaan akan terjaga pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah.Dan, insyaAllah nanti dirinya akan diberikan pendamping hidup yang baik, sesuai dengan sikapnya yang solehah.

Wanita solehah selalu konsisten ( istiqamah) dalam menimba ilmu dari alam dan lingkungan di sekitarnya lantas mengamalkan ilmu yang ada.Wanita yang solehah juga dapat berbakti pada suami dan bangsanya..sesungguhnya wanita solehah sentiasa belajar tentang hidup,baginya tiada hari tanpa belajar..sekadar renungan.

19 October 2008

..:::Syukur:::..

Alhamdulillah...Akhirnya dpt jgk create new blog(walhal duk ngadap pc ni nk cari bahan assignment..huhu)..Actually dah ada blog, tp dek kesibukan @ buat2 sibuk, dah lupa nak update n lagi teruk dah lupe password blog sndiri..Sampaikan Alang n Kak Yong pun pening ngn sahabat dia nih..:p.. So, utk Alang n Kak Yong, angah dah berjaya create blog baru n harapannya blog ni xjadi cam blog2 yg sebelumni...:)

::LISTENING::

::PET::