::FAMILY KBMKL::

26 August 2009

.:: AHLAN YA RAMADHAN ::..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, harini berkesempatan utk menjengah blog. Bak kata ALKHUDRI, "memang berhabuk sungguhla"..hehe. Ikutkan hati, terasa malas nak update, tapi bila fikirkan semua tujuan utama blog ni di buat, ana kuatkan hati untuk update.

Alhamdulillah, 21 August 09 lepas ana dah habis praktikal & bermula 23 August 09 secara rasminya bekerja di LAKESIDE LITTLE SCHOOL. Dua bulan berpraktikal di sini, macam-macam perkara yang ana dapat. Syukur punyai seorang owner yang betul2 memahami, sentiasa bagi sokongan & betulkan silap ana. Tambahan pulak adanya 18 orang anak-anak yg comel-comel dengan keletahnya masing-masing. Ikut kontrak, ana akan kerja di LAKESIDE sampai penghujung November tapi rasanya ana akan terus kerja kat sini, sayang nak tinggal suasana kat sini. Minggu ni ana kerja juga, tolong bibik jaga baby then esok dan lusa ada meeting.

Ana di Ramadhan kali ni terasa agak sedih. Minggu ni ana keseorangan disebabkan rakan sekerja balik kampung. Terpaksalah berbuka & bersahur sorang-sorang. Terasa seperti orang bisu, tak tau nak berbual dengan siapa. Sangat sedih tapi ana rasa ada hikmahnya. Setiap kali sebelum tidur, dalam keadaan gelap tu ana cukup risau kalau time ana tidur jadi apa-apa yang buruk. Hati tak henti-henti berdoa, moga dijauhkan dari bala. Walaupun dah confirm kunci pintu tapi tetap pergi check banyak kali, betul-betul risau. Mungkin ini caranya Allah nak uji sejauh mana kebergantungan ana pada-Nya. Dalam keadaan gelap tu jugak, ana terbayangkan suasana dalam kubur nanti. Tak pasti camne keadaan camne yang ana dapat, kubur yang selapang-lapangnya @ sebaliknya. Sungguh, ana betul-betul terasa kelainan Ramadhan kali ni. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Minggu ni ana balik rumah. Minggu lepas dah balik ta
pi minggu ni nak balik lagi. Ahad, 30 Ogos ada iftar dengan adik-beradik. Tak sabar rasanya. Walaupun semuanya tinggal area Kuala Lumpur & Selangor tapi sangat susah nak jumpa. Tapi iftar tahun ni tak dapat nak kumpulkan semua, adik ana di UNIMAS tak balik. Dulu masa arwah mak & ayah ada, seingat ana kami tak pernah dapat berkumpul semua sama-sama utk berbuka puasa. Tapi alhamdulillah, lepas pemergian mak & ayah, kami ambil inisiatif untuk buat iftar. Ini caranya untuk kami kuatkan ikatan kekeluargaan kami.

Bagi ana inilah iftar yang paling bermakna. Mungkin ini
Ramadhan terakhir untuk ana iftar bersama semua adik beradik. Dah sebulan abg ana bagitahu yang dia akan ke Dubai, mungkin selama 4-5 tahun. Tapi sampai sekarang ana tak boleh nak terima berita tu. Susah bagi ana untk terima. Mungkin bagi orang lain itu perkara biasa, tapi dalam keadaan yang menumpang kasih sayang sepenuhnya dari adik beradik, ana agak terkilan. Terasa hilang tempat bergantung. Tapi mungkin itu rezeki dari Allah utk dia.

Mudahan Ramadhan kali ni bukan Ramadhan terakhir buat kita semua. Sama-samalah kita memperbanyakkan amal.

"Dipermulaannya RAHMAH, di pertengahannya PENGAMPUNAN & di akhirnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA. Itulah RAMADHAN!"


24 July 2009

..::SALAM PERANTAU::..

Salam alaik...
Cuma ingin membuat pengumuman..Buat sementara waktu ini, ana dengan rasminya akan membenarkan 'rumah' ana ini diselimuti habuk2 kerana tuan rumah berada nun jauh di perantauan..hehe..

Actually, kt tempat keje ana ni tersangat susah nk dapat wireless so dgn berat hatinya terpaksa biarkan rumah ana ni berhabuk dulu. hajat dihati nk update, nk cerita about my little student here tp nak buat cmne, hajat tu perlu ditangguhkan dulu. Maaf buat semua!

P/S: Rindu pulak ALL4U sis. Lagi2 dengan pelancaran blog ALL4U tu..huhu. Bilalah nk dapat balik umah, setiap hari duk mengadap tasik dpn UNISEL tu..

20 June 2009

::USAH MENJANGKAKAN MASA DEPAN::

"Usah menjangkakan masa depan,kerana masa depan adalah milik TUHAN namun kita sebagai hamba tetap wajib berusaha".

Hadapilah hari-hari mendatang dengan senyuman, segunung usaha serta tawakal, redhalah atas segala yang Allah berikan kerana itulah yg terbaik.....senyumlah dgn nikmat Tuhan.

Renungkanlah sebuah kisah ini dengan mendalam, moga ada senyuman terukir selepas itu......
Seorang ustaz mendatangi seorang anak muridnya, ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak murung dan bersedih. "Kenapa kau selalu bersedih, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah syukurmu?" sang ustaz bertanya.

"Ustaz,kebelakangan ini hidup saya penuh masalah, sukar rasanya bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang murid muda. Sang ustaz terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak, perlahan-lahan dengan lemah longlai. Dia melaksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi dengan membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta. Sekarang cuba ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam segelas air itu," kata ustaz. "Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini berkerut kerana meminum air masin. "Bagaimana rasanya?" tanya ustaz. "Masin dan perutku terasa loya dan mual", jawab si murid dengan wajah yang masih berkerut. Si ustaz senyum terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang berkerut kerana kemasinan.

"Sekarang mari kau ikut aku." Sang ustaz membawa muridnya ke sungai berhampiran mereka. "Sekarang ambil garam yang ada berbaki itu dan tebarkan ke dlm sungai. Si murid menebarkan segenggam garam yang berbaki ke dlm sungai tanpa sepatah kata. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, fikirnya.
"Sekarang, cuba kau minum air sungai itu," kata sang ustaz sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat dipinggir sungai. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air sungai dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air sungai yang dingin dan segar mengalir di tenggoroknya, ustaz bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, sungguh segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya. Tentu saja, sungai ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"
"tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si ustaz hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air sungai itu sampai puas. "Nak," kata sang ustaz setelah muridnya selesai minum.

"Segala masalah dalam hidup itu seperti SEGENGGAM GARAM. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segengam garam.

"Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah ditakdirkan oleh Tuhan, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi yang bebas dari penderitaan dan masalah." Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya 'qalbu' (hati) yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak merasa menderita, BERHENTILAH MENJADI GELAS. Jadikan qalbu dalam dadamu itu SEBESAR SUNGAI."

Pendapat ana, hidup memang memerlukan keberanian. Tapi, akan lebih memerlukan ketelitian. Cermati langkahmu,waspadai tindakanmu. Hati-hati saat 'mencelupkan jari' dalam celah kehidupan. Kalau tidak 'rasa pahit' yang akan kita temukan..

18 June 2009

::TERBARU::

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulilllah, harini ada mood & kesempatan utk update blog. Kesian blog ana, dari dulu duk cite pasal segelas susu. Bak kata
Alang Atie, “Bkn segelas dah, agaknya dah segelen”. Post kali ni ana just nak bercerita pasal perkembangan terbaru ana..

1. Alhamdulillah, dah abis dua paper utk final. Tinggal lagi 2 paper next week. Rasa tak percaya, ini last imtihan ana di IIC. Agak risau dgn subject semester ni, tp harapnya semua berjalan lancer. Ana mohon doa kalian semua.

2. Dah dapat tempat utk praktikal 29 June 2009 nnti. Sepatutnya di Tadika Dzul Iman bersama
Kak Yong tapi tak jadi. Ana praktikal di LAKESIDE LITTLE SCHOOL dibawah makcik Fauziah. Tak sangka yg makcik tu rupanya ibu kpd Kak Maryam (zaujah Akh Yaakub). Malam td pulak, Alang ckp Makcik Fauziah tu emak saudara Yasser salah seorang adik fasi KBM KL. Ya Allah, tak sangka sume orang yg ana kenal ada related antara satu sama lain, betapa kecilnya dunia & betapa besarnya kuasa Allah SWT yg mengatur semuanya. Berita baiknya, ana terus dapat offer kerja kat itu sampai November & sepanjang praktikal pun ana dapat gaji. Maksudnya bermula 29hb June ni ana dikira berkerja. Tak sabar rasanya nk praktikkan apa yg dipelajari & tak sabar nak menyantuni kanak2 kat sana.


3. Seminggu sebelum exam, ana diberi offer utk ke BIRMINGHAM CITY UNIVERSITY oleh salah seorang lecturer. Menurut lecturer tu, 5 orang dari IIC ditaja utk belajar di sana tp masalahnya ana tak Tanya pulak sape penaja tu. Sekarang masih lagi dalam penimbangan, kata kakak ana kalo ada tajaan bolehlah pergi but if not, sambung kt sini ajelah. Sangat rugi sebenarnya kalo tak pergi, hanya setahun je kat sana. Kalau jadi pergi, insyaAllah akan fly January nnti. Mohon doa semua utk permudahkan ana buat pilihan.

4. Buat semua sahabat, selamat menempuh peperiksaan dgn tenang. Moga peroleh kejayaan yg cemerlang. Kat sini ana doakan :



"Allahumma yassir, wa la tu'assir"

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'alul hazana idza ma syi'ta sahla"



17 May 2009

::HANYA SEGELAS SUSU::

Seorang kanak-kanak lelaki miskin yang hidupnya dengan mengutip bahan-bahan kitar semula dari tempat pembuangan menyedari bahawa didalam poketnya hanya tersisa beberapa sen sahaja sedangkan pada waktu itu dia merasa sangat lapar.


Anak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Akan tetapi, keberaniannya hilang apabila melihat seorang wanita muda membuka pintu rumah tersebut. Akhirnya dia hanya berani meminta segelas air sahaja.


Wanita muda itu melihat dan menyedari bahawa kanak-kanak itu dalam keadaan yang sangat lapar. Wanita itu terus membawakan segelas besar susu dan memberikan kepada kanak-kanak malang itu.


Kanak-kanak lelaki itu meminumnya dengan perlahan-lahan dan kemudian dia pun bertanya, “Berapa harga yang harus saya bayar untuk susu ini?”. Wanita itu menjawab, “Kamu tidak perlu membayar apapun, ibu kami mengajarkan kepada kami untuk tidak menerima bayaran bagi setiap perkara yang kita ikhlas melakukannya”, balas wanita itu.


Anak lelaki itu kemudiannya menghabiskan susu itu dan berkata di dalam hatinya “Aku berterima kasih kepadamu atas pertolonganmu ini”.


Bertahun-tahun kemudian, wanita muda itu menghidap sejenis penyakit yang sangat kritikal. Semua doktor di bandarnya sudah tidak berupaya untuk menangani penyakit itu. Mereka akhirnya membawa wanita itu ke bandar lain, di mana terdapat doktor pakar yang mampu merawat penyakit tersebut.


Dr. Ahmad dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Ketika dia mendengar nama bandar asal wanita itu, terdetik sesuatu di hatinya dan terlihat pancaran pada matanya. Dr. Ahmad bergegas ke bilik wanita tersebut. Pada saat dia melihat wajah wanita itu, dia terus mengenalinya. Dia kemudiannya pulang ke pejabat dengan azam untuk memastikan bahawa wanita itu sembuh sepenuhnya. Mulai pada hari itu, dia memberikan perhatian yang khusus kepada wanita itu.


Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya wanita itu berjaya disembuhkan berkat kuasa-Nya. Dr. Ahmad segera meminta bahagian kewangan hospital mengirimkan bil rawatan wanita itu kepadanya. Dr. Ahmad melihatnya, menulis sesuatu dan kemudian mengirimkan bil itu kepada bilik wanita tersebut.


Dengan wajah yang cemas wanita itu menerima bil itu. Dia sangat yakin bahawa dia tidak akan mampu untuk menjelaskan bil tersebut walaupun terpaksa bekerja seumur hidupnya. Dengan tangan yang terketar-ketar, akhirnya dia membuka bil tersebut. Tertulis sesuatu yang membuatkan airmatanya mengalir.



Airmata kebahagiaan membanjiri wajahnya lantas dia berdoa:

“Ya Allah, terima kasih.. bahawa cintaMu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia.


Wallahua'lam...



::LISTENING::

::PET::